Maklumat pelajar bukan untuk dijual

Maklumat pelajar bukan untuk dijual.


Tahukah anda? Maklumat pelajar terdedah kepada awam dan swasta bukanlah perkara remeh-temeh. Ada hakim saman pihak yang berkaitan selepas mendapat mesej dan whatsapp daripada pihak pendidikan swasta. Logik akalnya, daripada mana dan dari siapa lagi mereka mendapatkan maklumat peribadi lengkap nama penuh jika tidak melalui sekolah anaknya bersekolah menengah? 

Ini fakta maklumat pelajar telah didedahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tanpa menuduh sesiapa sekadar lontaran soalan yang telah disalah-anggapkan. Kami suami-isteri juga diganggu pelbagai mesej dan whatsapp dari IPTA. Ada yang berbahasa kasar biadap bila kami tidak menjawab. 

Bila diajukan soalan kami menerima tanggapan negatif sahaja daripada pihak sekolah berkaitan.

Fakta maklumat pelajar telah didedahkan ini berlaku apabila
  1. Kebocoran maklumat peribadi (database) dari dalaman adalah perkara tidak beradab tidak beretika.
  2. Kebocoran maklumat ini wajib ditangani pihak sekolah dengan cara bijaksana. Saya pernah bertanya seorang Guru 
    • kenapa kongsikan perkara berkaitan database ni?"
      • Saya hanya share sahaja". Guru itu menjawab.
  3. Sikap tidak cakna buat kerja sambil lewa begini amat merbahayakan nyawa pelajar.
  4. Ramai Guru sebenarnya bukan sahaja tidak cakna tetapi tidak faham apa itu database dan ramai juga rupanya kalangan ibu bapa tidak cakna berkaitan maklumat peribadi hanyalah untuk kegunaan sekolah sahaja tidak boleh dan menyalahi undang-undang jika berlaku penyelewengan maklumat peribadi pelajar.
  5. Mereka tidak faham perkara ini adalah di bawah  Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) Suruhanjaya Komunikasi Negara. Aish. Tidakkah boleh berfikir? Butakah mata pekakkah telinga di media massa banyak sudah dikhabarkan dan ceritanya sudah meluas tersebar?
  6. Sebagai ibu bapa, bila disuarakan. Ada sahaja yang membangkang kerana mereka tidak faham. Guru sendiri membangkang pun ada. Sebab yang membangkang biasanya tidak faham apa itu database dan ada akta keselamatan maklumat peribadi. 
  7. Guru tidak benarkan bersuara di dalam kumpulan whatsapp kononnya bukan untuk didebat dalam kumpulan yang ada anak-anak. Jadi logiknya atas alasan apa tidak dibenarkan bersuara jika ibu-bapa tidak dapat hadir ke mesyuarat atas masalah kesihatan yang sudah dimaklumkan? Kenapa perlu wujudkan kumpulan whatsapp sekolah jika ibu bapa tidak boleh bersuara di dalam kumpulan? Lihat sahaja? Jadi tukang kipas dan yes mem? Sekurang-kurangnya berterima kasih ada yang  disampaikan. Ambil cakna, fikirkan dosa dan marabahaya pada pelajar itu anak kita. 
  8. Jangan kita, mengaku sahaja berbangsa Melayu dalam IC statusnya Islam tetapi sanggup menjadi talibarut pecah amanah dengan kerja harom menjual atau berkompromi sebar maklumat peribadi pelajar yang ada. Ini bukanlah tuduhan. Ini adalah makluman. Supaya boleh kalian berfikir dan sampaikan kepada pihak atasan perkara kebocoran maklumat ini maka boleh buat siasatan pihak keselamatan juga.
  9. Pengetua yang bijak apabila menerima aduan perlu bertindak bijak dengan berhemmah. Bukan menuding jari kepada pengadu. Membela dan menuduh melulu pengadu menuduh melulu tanpa menyiasat terlebih dahulu. 
  10. Apabila tidak tahu undang-undang dan akta maka privasi maklumat peribadi, mudahlah menuding jari salahkan ibu bapa. Menunjukkan kedangkalan tidak professional berfikirnya. Bila guru tiada adabnya bagaimanalah pelajarnya beradab kepadanya? Bila pelajar biadap tahu marah pula.
  11. Hari-hari dapat whatsapp dan mesej siapa tidak stresskan? Ini sudah mengundang kemarahan sesiapa sahaja. Mengganggu privasi sebenarnya.

Pendidikan dan whatsapp, isu semasa, adab, etika, kebocoran maklumat peribadi, maklumat pelajar dijual, guru tidak amanah, guru cuai, guru langgar etika, guru oh guru, pentadbiran sekolah, tidak cakna, ibu bapa tidak faham, guru pun ada yang tidak faham, saya mantan pegawai perkhidmatan pendidikan, bekas pesakit kronik slipped disc, blog ieta dot com, kisah cikgu ieta, puteri nur cahaya, Cikgu iEta, mantan guru, resign sebab sakit kronik slipped disc, sayang murid murid, sayang guru yang beretika
Ha kan? Sudah dimasukkan ke akhbar Utusan Malaysia sabtu, 25/6/2022. Kes serius. Hari-hari dapat mesej dan whatsapp. Saya pun geram.

Pernah saya bertanya

Maaf tanya, semua yang di add tu memang murid sekolah ini ya? Saya nampak kerap sangat masuk keluar pelbagai nama. 

Harapnya bukanlah scammer pencuri data maklumat murid-murid dan bukan juga orang-orang yang mencari mangsa kalangan pelajar sekolah anak-anak kita. Peka terhadap kumpulan yang ada anak-anak kita rasanya tidak menjadi kesilapan pada yang faham bab keselamatan.

Senyap.

JANGAN SUKA-SUKA SERTAI KUMPULAN WHATSAPP [Sumber Disiarkan pada: June 28, 2022 @ 7:42pm. Diakses pada 29 Jun, 2022 @ 11:12pm]

29/6/2022 terlihat di browser handphone seperti berikut 
Pendidikan dan whatsapp, isu semasa, adab, etika, kebocoran maklumat peribadi, maklumat pelajar dijual, guru tidak amanah, guru cuai, guru langgar etika, guru oh guru, pentadbiran sekolah, tidak cakna, ibu bapa tidak faham, guru pun ada yang tidak faham, saya mantan pegawai perkhidmatan pendidikan, bekas pesakit kronik slipped disc, blog ieta dot com, kisah cikgu ieta, puteri nur cahaya, Cikgu iEta, mantan guru, resign sebab sakit kronik slipped disc, sayang murid murid, sayang guru yang beretika Putrajaya: Nombor telefon adalah data peribadi yang paling berharga ketika ini dan berisiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sama ada untuk mengaut keuntungan atau menganiaya seseorang, kata Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Mazmalek Mohamad.

Dalam satu taklimat media mengenai data peribadi di sini hari ini, beliau menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menyertai pelbagai kumpulan WhatsApp yang tidak berfaedah bagi mengelak berlaku perkongsian nombor telefon tanpa disedari.


Pendidikan dan whatsapp, isu semasa, adab, etika, kebocoran maklumat peribadi, maklumat pelajar dijual, guru tidak amanah, guru cuai, guru langgar etika, guru oh guru, pentadbiran sekolah, tidak cakna, ibu bapa tidak faham, guru pun ada yang tidak faham, saya mantan pegawai perkhidmatan pendidikan, bekas pesakit kronik slipped disc, blog ieta dot com, kisah cikgu ieta, puteri nur cahaya, Cikgu iEta, mantan guru, resign sebab sakit kronik slipped disc, sayang murid murid, sayang guru yang beretika

"Kadang-kadang kita tidak kenal semua ahli kumpulan. Tanpa kita sedari, ada di antara ahli kumpulan secara diam-diam kongsi nombor telefon kita dengan orang lain.

"Apabila semua nombor telefon dalam kumpulan itu telah dikongsi dengan 'scammer' atau agensi telepemasaran, mereka akan tinggalkan kumpulan WhatsApp dan sertai kumpulan lain pula," katanya taktik berkenaan memudahkan sindiket penipuan atau telepemasaran memiliki nombor telefon secara mudah.

Menurut Kaji Selidik Pengguna Internet 2020 yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), katanya 98.7 peratus rakyat negara ini memilih aplikasi WhatsApp sebagai medium komunikasi utama.

"Jumlah ini tinggi, kalau semua nombor telefon ini dikongsi dengan mudah, maka ramai rakyat kita terdedah dengan jenayah penipuan," katanya.

Mazmalek dalam pada itu berkata, pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini dan ia kini dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara.

Pendidikan dan whatsapp, isu semasa, adab, etika, kebocoran maklumat peribadi, maklumat pelajar dijual, guru tidak amanah, guru cuai, guru langgar etika, guru oh guru, pentadbiran sekolah, tidak cakna, ibu bapa tidak faham, guru pun ada yang tidak faham, saya mantan pegawai perkhidmatan pendidikan, bekas pesakit kronik slipped disc, blog ieta dot com, kisah cikgu ieta, puteri nur cahaya, Cikgu iEta, mantan guru, resign sebab sakit kronik slipped disc, sayang murid murid, sayang guru yang beretika

Namun, katanya terpulang kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa untuk tarikh yang sesuai untuk dibentangkan pindaan itu di Parlimen.

Pada 12 Februari 2020, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dilaporkan sudah menjalankan rundingan awam berhubung cadangan pindaan Akta 709 bagi memperkasa perlindungan data peribadi di Malaysia di samping memastikan akta berkenaan selari dengan kehendak revolusi ekonomi digital, teknologi, sosial dan perkembangan persekitaran.


Ingat tau usah sesuka hati masuk kumpulan whatsapl. Bahaya maklumat kita mudah terdedah merata-rata. Terima kasih wartawan yang menyuarakan maklumat pelajar bukan untuk dijual

Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,
Suri rumah sepenuh masa. Freelancer. Social Media Marketing CoachLifestyle Blogger dulu kini selamanya.


ARTIKEL BERKAITAN :


Comments