PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

MOTIVASI DIRI

#QuoteOfTheDay

"If you tell the truth, you don't have to remember everything".

The truth is I don't want to remember about it.
--------------------''''---------''''---''''''------

Jelous, jeles, cemburu, hasad, dengki & tidak puas hati terhadap kelebihan orang lain : semua ini sama maknanya. 

Ia tetap sifat mazmumah (terkeji) yg dibenci Allah dan RasulNYA. Malahan inilah sifat2 yg berada dalam diri pengadu domba, penghasut dan pencaca-marba kehidupan bersilatur rahmi. Manusia jenis ini juga amat suka bermuka-muka.

Maka berhati2lah terhadap manusia2 yg bersikap sedemikian...

Ketahuilah! Ini semua ujian dalam sebuah kehidupan... ‪#‎ietamatsaad‬
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap penderitaan, pasti ada kemanisan. Usaha je lah. Jangan putus asa...
Be tough & be strong for your future.
 Ieta Mat Sa'ad #KisahCikguieta (#Blogieta), Dunia Niaga ieta

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada yang percuma untuk memiliki kejayaan. Untuk mendapatkan wang, perlu berani melaburkan wang. Tetapi, dlm mengejar wang, jgn lupakan halal dan haram. Termasuklah yg syubahat. Sabda nabi "Tinggalkan apa yg meragukan kpd yg tidak meragukan" Riwayat Bukhari dan Muslim. Ieta Mat Sa'ad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kegagalan adalah kejayaan jika kita belajar daripadanya.  Ieta Mat Sa'ad
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
#TipsHidupBahagia Bersabarlah! Muhasabah, mungkin satu ketika dahulu, kita juga pernah melakukan sedemikian. Jadi, itu merupakan kaffarah (balasan) terhadap apa yg pernah kita lakukan... Walau hati mendidih ingin menjawab, sabar... Bertindak secara professional. Be calm... Ieta Mat Sa'ad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam hidup, usah berlagak, sombong dan bangga diri. Kelak diri sendiri yg rugi. Kadangkala teguran dan peringatan yg menyentap hati perlu supaya yg ditegur dan yg hampir dgnnya, sedar diri. Tanpa perlu menuding jari, koreksilah diri sendiri. Tanya pd diri "Apakah betul apa yg ku lakukan ini?" ~ieta~

MADAH PUJANGGA : Sombong, bongkak, berlagak dan dengki sifat terkeji. Riak, Bakhil & 'Ujub sifat mazmumah. Lagi tinggi ilmu, tapi hati bersarang dengan semua sifat-sifat tu. Maka tak berkatlah ilmu...~ieta~


Hidup untuk berda'wah (memberitahu dan menyebarkan kebaikan) walaupun bukan ustaz atau ustazah kerana mati itu pasti..... ~ieta~

Bila ada yang mengherdik,
jangan kita turut mengherdik.
Bila ada yang menghina,
jangan kitar turut menghina.
Bila ada yang mengumpat,
jangan kita turut mengumpat. Bila ada yang menyindir,
jangan kita turut menyindir.
Biar orang tak cukup akal,
Jangan kita tak berakal. ~ ieta ~


"Dlm hati kita ni,ada banyak benda perlu kita simpan dan agihkan. Jd buat apa nak kusutkan dgn perkara2 remeh temeh dan rubbish?" ~ ieta ~

Dugaan yg menimpa adalah batu loncatan utk berjaya ~ ieta ~ 

Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Semuanya memerlukan pengorbanan dan dorongan ~ ieta ~

Diam itu lebih mulia dari berkata2 tanpa berfikir ~ieta~
  
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu.. MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..renungan buat PARA PENUNTUT ILMU.. BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH,MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH ~GengUsrah.com VIA Nizam D'solace ~

Orang yang gagal adalah orang yang berjaya hasil dari penipuan dan sogokan ~ieta~

Keajaiban takkan berlaku tanpa berusaha. Tetapi jika berusaha dugaan menjelma, pasrahlah sahaja kepadaNYA...~ieta~

Usah rasa kesal bilamana yang diharap tidak menjadi. Sebaliknya, bersyukur tiada siapa yang mengeji~ieta~

Ilmu untuk masa depan diri dan ummah. Tidak semua orang yang belajar akan beroleh ilmu dan dimanfaatkan untuk orang lain pula. Ilmuan (ulama') sahaja tahap takwanya tinggi dan jadi ahli syurga~UNMZNAR~

Kadangkala, kita rasa kita betul. Tapi sebenarnya, ia salah. Kadangkala, kita rasa kita salah. Tapi sebenarnya, ia betul. Kesimpulannya : Teruskan berbuat yang betul dan sentiasa perbaiki yang mana salah~ieta~

Pabila musuh mengeilingi, maka berhati-hatilah. Di sebalik senyuman, tersembunyi berjuta rahsia... ieta

Masalah adalah batu loncatan dan bukan penghalang untuk menemui kejayaan. ieta

Belajar diam dari banyak berkata-kata. Belajar memaafkan walau hati terluka. Belajar senyum dan sabar walau dicerca... ieta

Kurangkan bersuara. Lebihkan bertindak, hasil dari pemerhatian walau berada di mana-mana. ieta
HIDUP BIAR BERBAKTI TANPA ADA DENGKI DAN IRIHATI ieta

Kebaikan yang kamu lakukan kepada oranglain sekarang, akan beri kesan kepada diri kamu dan oranglain satu hari nanti. ~BLOGGER AMIRUL~

Tapi jalan kebenaran tak akan pernah sunyi.
Ada ujian yang datang melanda, ada perangkap menunggu masa

'Sekiranya ingin berjaya, segalanya tidak mustahil asalkan mempunyai kecekalan, dapat menangkis halangan dan berusaha untuk mendapatkannya.' ~Mialiana~
" Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat. Puas kita menangis, menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah "~Adilah Asari~

Berfikir sebelum bertindak.
Bertindaklah secara professional
Bukan menurut aqal dan nafsu semata-mata
Usah menyalahkan oranglain andai dah bersalah
Muhasabah diri kan lebih baik dari menuding jari...?^_^ ieta


Memohon maaf itu lebih baik dari berterus-terusan tidak mengaku kesilapan mahupun berpura-pura tidak buat kesalahan kemudian berpura-pura tunjuk kebaikan. ieta

Sebagaimana kita tidak suka oranglain bersikap mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan ke atas diri kita.
Seterusnya memperguna diri kita di sebalik kelebihan yang kita ada,
begitu jugalah oranglain pun sama sahaja.
Harta takkan dibawa ke alam baqa
begitu juga rupa dan nama.
Kita di dunia sama sahaja,
yang membezakan hanyalah amal & taqwanya kita.
Tiada suatu pun yang boleh dibangga
Kerana, itu semua pinjaman dari ALLAH yang sementara.
Renung2kanlah ya... ^__^ieta


Hidup ini mudah andai tidak mencari masalah. Hidup menjadi lebih mudah andai sentiasa happy walau sedang bermasalah. Hiduplah tanpa mencipta sebarang masalah. Usah menyerah kalah andai bukan anda yg bersalah ieta

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
Kejayaan hanya untuk orang yang bijak mencari & merebut peluang. Tetapi kejayaan itu tidak bermakna jika ada sikap mementingkan diri sendiri melalui peluang yang ada apatahlagi dengan menipu melalui peluang yang ada. Renung2kanlah... ieta

Apa sahaja yang menimpa ke atas diri kita, sudah semestinya itu adalah ujian untuk meningkatkan keimanan ATAUPUN sebagai kaffarah dosa2. Renung2kanlah...apa yang pernah kita lakukan kepada oranglain sebelum kita menyalahkan oranglain. JADI... Usah menyerah kalah pada masaalah. Hadapilah ia dgn tabah. Musuh memang suka melihat kita rebah dan berjiwa gundah. Hidup ini memang bukannya mudah. Mohon dan berserahlah segalanya kepada Allah. Pasti ada jalan penyudah... ieta

Bila tidak tahu tentang perkara berkaitan aqidah, lebih baik bertanyakan dan belajar terus dgn alim ulamak / ustaz / ustazah. Jgn biarkan diri di aib krn knyataan2 yg merosakkan aqidah sendiri & menimbulkan fitnah… ieta

ORANG cemerlang ialah orang yang berjaya menguruskan kehidupannya dengan baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi tekanan dengan tabah. Malah, bagi golongan ini kesilapan dijadikan iktibar, manakala kegagalan dipandang positif ieta

Kita tidak perlu alim untuk menasihati. Tetapi kita boleh menasihati diri kita sendiri dan sekaligus menasihati oranglain melalui cara kita tersendiri. Gunakan teknologi sedia ada untuk kebaikan kerana setiap kita bertanggungjawab untuk berda'wah (menyampaikan) walau tidak bergelar ustazah... ieta

Manusia itu ego bilamana tidak pernah mengucapkan terima kasih bila dah ditolong & tidak pernah meminta maaf bila dah buat salah. Allah beri aqal utk brfikir kan... Jangan sampai orang cakap kat kita” ADA AKAI TAPI TAK BOLEH PAKAI” ieta

Kdg2 ada jenis manusia suka mengambil kesempatan di ats kebaikan orglain. Jadi, buat baik, biarlah berpada-pada. Sebab? Terlampau baik,orang buat macam hamba abdi. Berterima kasih, jauhlah sekali... ieta

"Kalau kita tenang, kita menang. Siapa yg tak tenang bermaksud dlm dirinya bnyk unsur negatif. Bagaimana nak tenang? Memaafkan kesilapan orang terhadap kita&sentiasalah memohon kemaafan" Doktor Muhaya Radio IKIM
Usah mengharapkan balasan jika memberi pertolongan. Anggaplah pertolongan yg dihulurkan sebagai penebus segala kekurangan atau sebagai membantu amalan yg sememang-memangnya kurang... ieta

Aku bukan Insan yang sempurna…Namun ku tak marah jika ada insan yang sudi mentarbiahku…ieta

"Bila kita diuji, itu bermakna Allah sedang memandang kita & Allah sayangkan kita. Jadi, bersyukurlah kerana kita masih diuji & disayangi Allah yang mencipta kita".ieta

Kita tidak perlu mendengar kata2 orang terhadap kita yang berunsur negatif. Apa yang penting, jagalah kerja, keluarga, amalan, & amalan jariah sendiri. ieta

Jadikanlah setiap kritikan bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri.. ieta
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 orang yang sudi komen:

  1. waw ...keren keren ni motivasi motivasi yang diberikan .... patut di praktekkan

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *