Andai dalam hatimu ada taman,
Semailah ia dengan benih-benih iman,
Bajainya dengan amal maaruf yang berkekalan,
Siramilah ia dengan istiqomah yang berterusan,
Supaya bercambah mekar bunga-bunga ketaqwaan,
Lindungi ia dari parasit nafsu yang menyesakkan,
Lalu disuburkan lagi dengan tawakal dan kesabaran,
Sehingga tegap merimbun berbekal haruman keredhaan,
Melalui cahaya cinta Ilahi & rahmat kasih sayang ar-Rahman,
Agar ia terus hidup, tidakkan tandus sepanjang kehidupan..!
InsyaALLAH..(✿◠‿◠)
No comments:
Post a Comment
1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁
Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^