Salam...
Hari ini nak membebel tentang cuti sekolah. Sabar je la ye... hehe...
Selingan sikit... Inilah jadinya kalau murid geliga bab yang lain tapi kantoi dalam pelajarannya. Hehehe...
Pada hari ke 3 sedang menyiapkan buku program, Guru Besar memintaku menyiapkan background yang ada gambar-gambar penerima anugerah. Namun tidak dapat kusiapkan kerana tugas utamaku tidak selesai lagi dek markah murid yang belum dapat sepenuhnya. Jadi, dalam mesyuarat kali ke 2, aku minta jasa baik guru lain siapkan. الحمدلله, ada yang sudi membantu.
Setelah selesai semua urusan pada sesi persekolahan tahun ini (selesailah sangat... report card tak siap lagi beb.... Insya Allah Rabu hadapan aku siapkan) kini, tibalah masa cuti persekolahan pula... Kerja-kerja untuk tahun hadapan pula akan ku siapkan waktu mingguku bertugas nanti. Banyak dah mindaku ni apa yang nak kusiapkan. Kerja tersusun pasti siap dengan teratur. انشا الله...
Balik pada tajuk utamaku. Cuti sekolah bermula lagi... jika dulu, cuti sekolah aku tak berapa gemar. Sebab aku suka bekerja. Kini cuti sekolahlah paling ku gemar kerana nakkan banyak masa dgn keluarga. Lagipun, aku dah plan pelbagai perkara nakku buat waktu cuti sekolahku ini. Rasa-rasanya nak duduk di rumah dan buat kerja-kerja rumah yang banyak terbengkalai dek kesibukan bekerja dan belajar je. Huhu...
Sesungguhnya, kerjaya sebagai guru bukanlah mudah seperti kebanyakan orang sangka. Kerana kini, seorang guru perlu menjadi guru yang serba boleh dan sentiasa akur kepada arahan pihak atasan. Yang paling penting, perlu banyak-banyak bersabar....
Mudah-mudahan aku tabah dan sabar menghadapi segala-galanya. Amin
Mudah-mudahan aku tabah dan sabar menghadapi segala-galanya. Amin
sekolah dah cuti tapi saya x balik pun lg..ngah siapkan msk mrkh pbs..huhu
ReplyDeletesamalah kita... udah cikgu...cuti yg mmg xcuti...hehe...
ReplyDelete