As salam.
Pagi ini, saya buka gmail saya. Perkara pertama saya lihat adalah notification yang berlambak dari rakan-rakan dan pelbagai email dari g+ followers dan blog followers. Ada yang invite saya join segmen dan ada juga yang mohon sharekan kisah mereka dan macam-macamlah lagi...
Antara yang ingin saya kongsikan di sini ialah berkaitan Istilah Makanan yang berkaitan dengan Babi...
Jadi, selepas membaca perkongsian ilmu ini, harap kita semua termasuklah diri saya sendiri lebih berhati-hati dalam memilih makanan ya. Kerana makanan adalah sumber yang akan menjadi darah daging kita. Apabila menjadi darah daging, sudah tentulah kita WAJIB memilih yang halal. Makanan yang halal adalah dari sumber yang halal. Terpulang kepada anda samada ingin menyebarkan atau menyimpan sahaja di dalam minda atau hati anda. Tepuk dada, tanyalah iman. Jom baca...
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..
Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.
bagus entri ni..dapat ilmu baru lagi..
ReplyDeleteyaya dah share kt fb.. :)
الحمدلله... terima kasih sudi share ^_^
Delete