26 March 2013

KAN DAH TAK CUKUP MASA...

As salam.
Nak merapu merapan jap boleh?
Tak boleh pun, nak juga... 
Ini blog, ieta yang punya... kan...
Dua subjek telah selesai peperiksaannya...
Tinggal lagi dua subjek
Pagi tadi peperiksaan di Bangunan UTMSpace, Jalan Ampang
Sudahla masuk bilik yang salah. 
Terkedek-kedek pula menulis borang.
Hadus... (Terukkah aku?)
Punyalah menghafal formula subjek Sains Kuantitatif Asas tu...
Siap belajar lagi dengan Mr. Ven, selama 2 hari, sehari 2 jam,
Belajar Math ni, mana boleh lama-lama... boleh berblink-blink otak...
Tambah-tambah macam otak haku ni ha...huhu...
Boleh baca di dalam entri INI 
(tak taula, ada kaitan ke dengan entri ni? ahaks...)
Encik suami cakap "kesian tengok, tersengguk-sengguk baca buku"
Teruknya aku...
Asal baca buku je ngantuk, asal ngantuk je, tak boleh baca buku
Terus tidur. Ngadap komputer, taip entri dan 
blogwalking pun kekadang tersengguk-sengguk 
Hadusla...

Dapat je kertas periksa, seperti biasa mesti tulis segala formula 
atau yang teringat dalam kepala otak dulu.
Jawab punya jawab, punya jawab, punya jawab...
Tiba-tiba masa nak menjawab soalan subjektif bahagian ke 3, 
pengawas peperiksaan beritahu masa dah tamat.
Masa tu, habis sudah idea, terus jadi blur...
Huwwaaa....
Tu lah, lama naw menjawab soalan objektif... 
Kan dah tak cukup masa...
Tapi bukan cek sorang ja na... yang sedemikian...
Majoriti dalam kelas berkata-kata "masa tak cukup..."

Sedih sangat rasa... 
Mudah-mudahannya lulus lah hendaknya 
dengan usaha terdaya mampu yang mungkin ni ha...
Aamiin...
^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ 

Kata-kata penyejuk hati

Hidup memang perlu bersabar...

7 comments:

  1. In Shaa Allah... Farah doakan akak lulus ek... hu hu hu...tapi x dinafikan... bila jadi macam ni...ada sedikit rasa frust di situ... apa2 pun sabar, doa dan tawakal ek kak...

    ReplyDelete
  2. aaminn..doakan yg terbaik buat Ieata. all the best !

    ..
    ..







    ReplyDelete
  3. hmm..InsyaAllah semuanya akan baik2 jer..doa banyak2 ya..btw alyn follow sini.:)

    ReplyDelete
  4. kalau ramai yg cakap masa tak cukup tu tandanya soalan ada prob...hehehe so lecturer akan beri pertimbangan sewajarnya la tu nanti...insya allah boleh lulus...

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *