Pernah satu masa nan lalu...
Ada seseorang bertanyakan padaku
Kenapa tudung tu labuh macamtu?
Adakah orang yang nak kahwin dengan kamu?
Pabila bertudung labuh sebegitu?
Aku pun termanggu-manggu
Untuk menjawab persoalan itu
Kerana bertudung labuh adalah wajib di sekolahku
Hingga kini persoalan itu bermain dimindaku
Mengapa bertudung labuh sebegitu?
Tak rimaskah? Tak panaskah kepalaku?
Tak rimaskah? Tak panaskah badanku?
Hari ini tudungku masih sebegitu
Walaupun tidaklah labuh seperti gambar di bawah tu
Bila melihat sesiapa sahaja bertudung labuh seperti gambar di bawahtu
Apatahlagi berfurdah menutup wajah nan ayu...
Hatiku menangis pilu, airmataku deras melaju
Kerana aku tidak mampu sebegitu
Pada suami ku beritahu
Terharu melihat sifurdah itu
Kerana aku sudah tidak semampu itu
Suamiku berkata "Ayangkan taat pada abang..." perintah suamiku
Tenang seketika qalbu dan hatiku
Kerana, ku memang tidak mampu
Bertudung labuh sebegitu apatahlagi berfurdah menutup wajahku
Tabik spring kepada mereka yang mampu
Kini ku terjumpa di fan page dalam fbku
Rindu menjemputku kembali ya allah nama fan page fb itu
Terjawablah sudah segala persoalan yang terbuku dihatiku
Nukilan : ieta Mat Sa'ad
ss pun tak mampu untuk bertudung mcam tu. T.T
ReplyDeleteakak dh ank 5 ni, lg dh tak termampu sebegitu. Tak pelah, buat sekadar termampu. Janji menutup aurat :)
DeleteSemoga kita istiqamah dan sama2 kita doakan sahabat yang lain
ReplyDeleteAmin Ya Rabbal Alamin
DeleteAs salam
ReplyDeleteSuka baca entry ni....perkongsian yg baik:)
Done follow awk
Hit back http://groovyfashionshop.blogspot.com/
Terima kasih ya sudi singgah sini & sudi follow blog sy :)
Deleteakak ! sama pulak tema entry kt hari ni :) ye, sy pn sgt kagum dan tabik pada mrk jgk.. mudah mudahan akn smpai ke tahap itu jg suatu hari nanti :)
ReplyDeleteeh, eh, sehati sejiwa lah kita :)
Delete