As salam
Segmen pertama saya join ialah segmen dari blogger hebat MIALIANA yang menjadi sumber inspirasi saya meneruskan kerjaya sebagai part time blogger. Terima kasih +Mia Liana yang sudi ajar akak buat banner dan sebagainya lagi. hehe... Dari segmen pertama inilah bermulanya follower blog ieta meningkat. Tapi menjoinkan diri dalam segmen atau GA dari blogger Mia Liana ni, pasti ramai sungguh yang follow blog ieta dan singgah. Pandai Mia tackle followers ^__^
GA pertama saya join disponsor oleh blogger hebat juga yang memang rajin buat GA. Ramai peserta GA ni 165 orang semuanya. Tapi disebabkan masa tu saya sarat mengandung dan tak larat duduk lama-lama atas kerusi, saya tak blogwalking. hehe... nasib le kan...
fizgraphic.com terima kasih +Hafizzi Aziz
Azhafizah.com terima kasih +Azhafizah Md Nor
duniashida.com terima kasih +Dunia sebenar Shida
kisahemasputih.com terima kasih Cik Uzu (takde g+, satu2nya blogger fames dan hebat yang takde g+. hehe)
Sehingga hari ini, memang belum ada rezeki lagi menang dalam mana-mana segmen ataupun GA. Tapi, saya tak kisah kerana
1. Memberi sokongan kepada blogger yang sudi jemput atau anjurkan semua segmen atau GA yang saya telah join.
2. Menambahkan kenalan rakan blogger.
3. Menambahkan list bloglist saya. Saya memang suka blogwalking a.k.a membaca bila berkelapangan.
4. Menambahkan follower secara tidak langsung dari join GA dan segmen-segmen itu. Memang berbaloi.
Walaupun sedemikian, saya gembira sekurang-kurangnya, ada juga yang sudi ziarah,sudi klik-klik, sudi menjejakkan jari jemari ke blog saya yang tidak berpage rank tinggi ni dan sudi komen-komen di entri saya juga sudi chatting di ruangan komuniti saya. Saya sangat-sangat terharu :(
Terima kasih semua
psss... lupa da hari ni hari Rabu... hehe
mungkin satu hari nanti ada la tu rezekinya... :)
ReplyDeleteInsha Allah. Terima kasih sudi memberi sokongan ke blog ieta :)
Delete