As salam
Saya sangat suka hati... Nak tahu kenapa...?
Sebenarnya, saya baru balik dari program Ihtifal (Pertandingan) Peringkat Zon. Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah, Syarahan, Khat, Bercerita, Hafazan dan Nasyid. Kesemua acara dipertandingkan mengikut kategori Lelaki dan Perempuan.
Sekolah saya menjadi juara di dalam acara Bercerita kategori perempuan. Ha, inilah sebab utamanya. Bagi acara ini, saya menggantikan guru yang telah berpindah untuk melatih peserta acara ini. Walaupun tidak banyak yang mampu saya bantu, namun saya amat gembira kerana ada jugalah sikit-sikit saya latih... Selebihnya, mereka guru-guru di sekolah itu yang melatihnya tanpa mengenal erti jemu. Mereka memang guru-guru yang hebat.
Lain-lain pertandingan yang dimenangi ialah :
Khat kategori perempuan dan kategori lelaki masing-masing menduduki tempat ke tiga. Manakala, Nasyid bagi kategori perempuan mendapat tempat ke dua sebagai Naib Johan.
Daripada enam acara yang dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan, Alhamdulillah empat acara, sekolah saya berjaya menawan hati juri untuk menang. Yang lain-lain telah mendapat hadiah saguhati.
Mereka memang berbakat. Tahniah buat semua yang berjaya. Yang tidak berjaya, teruskan usaha ditahun akan datang. Tak lupa juga tahniah buat semua guru-guru yang bersatu tenaga melatih dan mendidik murid-murid yang sememangnya amat berbakat.
Oleh kerana saya amat gembira petang ini, terimalah....
Salam,
ReplyDeleteTahniah...semoga maju jaya dgn kejayaan yg lebih gemilang!
p/s: Ada masalah dgn domain ke?
berbaloi usaha selama ini :-)
ReplyDelete@Bin Muhammad : Terima kasih. Dulu ms berdomain .my now dah settle, tukar balik kpd domain asal blogspot.com
ReplyDelete+the malay male : Alhamdulillah...