As salam.
Kali ini saya teruja untuk memberi sokongan kepada "Simple GiveAway Bintang Mencari Cinta By Cik Akak" yang dianjurkan oleh blogger +Nao Mei setelah dijemput untuk menyertai GA ini dan setelah ditag oleh adik saya dalam dunia blog +cik yaya yang comel. Terima kasih cik yaya sudi tag akak. Terima kasih juga tuan GA kerana sudi jemput saya menyertai GA ni.
Blog cik Nao Mei ni memang cantik pada pandangan mata saya tau... Saya dah pun letakkan blog beliau dalam senarai bloglist saya sebagai "BLOG MELAPANGKAN MINDA". Saya suka dengan ayat santai bersahaja yang digunakan oleh beliau dalam setiap entrinya.
Contohnya dalam entri beliau, ENCIK RINGGIT DARI NUFFNANG LAGI. Ayat beliau membuatkan saya dengan ikhlas hati nak klik-klik Nuffnangnya yang sentiasa melekat dalam blognya dikanan tu.
Tiada maksud terlindung, lawak dan santai lagi bersahaja je ayatnya tu membuatkan saya tergelak dan rasa happy semasa membaca...
Tak ingat pula masa bila saya terjumpa blog cik Nao Mei ni tapi beliau rajin juga berkunjung dan komen entri blog saya. Terima kasih cik Nao Mei kerana sudi menjadi rakan blog saya.
SAJAK CINTA
Cinta
Kau hadir dalam jiwaku
Kau melambai, menggenggam erat emosiku
Kau sering menenggelamkan aku
Ke dalam dakapan naluriku
Kau sering datang dan pergi
Bersilih ganti menghitung hari
Mencari kebahagiaan hakiki
Tidak tergambar dek sanubari
Kadangkala kau menggamit rindu
Adakala ibarat itik menyudu
Pinggan tak retak nasi tak dingin
Orang tak hendak, aku pun tak ingin
Seringkali bertandang mengusik kalbu
Menggugat imanku
Mengganggu emosiku
Kau datang melulu
Hadirmu membahagiakanku
Hilangmu menyedarkanku
Alfaku dek keranamu
Sering menghantuiku dulu-dulu
Kini ku temui cintaku yang sejati
Hanya untuk suamiku yang ku sayangi
Sudah tentu Allah sentiasa bertakhta dihati
Cinta sepanjang hidup hingga ke mati
Cinta itu, khusus untuk Allah yang mencipta diriku
Sudah tentu sisipannya untuk suami dan anak-anakku
Biarlah apa yang dikata
Tak terungkap indahnya cinta


Bila dua hati bersatu
cinta nan indah bersemi
bagaikan nian gong dipalu
menggigit-gigit jari jemari
Indahnya cinta itu....
Andai ikhlas mencintai
Pabila telah bersatu
dan hati milik memiliki
Nukilan : ieta mat sa'ad
Sudah tentu Allah sentiasa bertakhta dihati
Cinta sepanjang hidup hingga ke mati
Cinta itu, khusus untuk Allah yang mencipta diriku
Sudah tentu sisipannya untuk suami dan anak-anakku
Biarlah apa yang dikata
Tak terungkap indahnya cinta

Bila dua hati bersatu
cinta nan indah bersemi
bagaikan nian gong dipalu
menggigit-gigit jari jemari
Indahnya cinta itu....
Andai ikhlas mencintai
Pabila telah bersatu
dan hati milik memiliki
Nukilan : ieta mat sa'ad
No comments:
Post a Comment
1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁
Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^