As salam.
Kisah REMOTE TV DAN HANDPHONE ni berlaku ketika saya dan encik usben melihat tv. Tiba-tiba :-
Encik Usben : "Ayang, tolong ambil remote tv tu".
Saya lantas mengambil dan menghulurkan benda yang berada di sebelah tanpa memandang apa yang dicapainya telah saya capai tu. Lantas encik usben yang juga tanpa memandang benda itu terus memicit-micit dan menekan-nekan untuk menukar tv ke siaran yang lain kerana itulah hobinya tatkala bosan dengan siaran yang sedang ke udara.
LEBIH KURANG BEGINILAH RUPA BENTUK REMOTE TV TU |
Tiba-tiba baru encik usben terperasan sesuatu.
Encik Usben : "La... patutla tak bertukar-tukar siaran ni..." sambil memandang kepada saya. Lantas bersuara "Apa la Ayang ni........."
Si isteri : "Kenapa?" sambil memandang ke tangan encik usbennya. Kemudian saya tergelak sakan sampai berguling-guling.
Rupa-rupanya, yang saya berikan kepada encik usben saya tu ialah handphone yang sama besar dengan remote tv kami yang kebetulannya terletak sebelah-menyebelah sahaja di tepi saya.
Kuang3.....
LEBIH KURANG GINI RUPA HANDPHONE TU TAPI TAKDE ANTENANYA. CARI DALAM GOOGLE TAK JUMPA |
Masalahnya, encik usben saya sepatah habuk pun tidak ketawa bila saya cerita kat dia kisah REMOTE TV DAN HANDPHONE ni. Hadehla.... Saya Sehingga kini sekarang jika teringat kisah ni, pasti saya tergelak. Anda, ada kenangan manis ketika baru berumahtangga seperti kisah REMOTE TV DAN HANDPHONE ini?
No comments:
Post a Comment
1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁
Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^