2. Dah tahu kenapa PV blog harian mencecah 300 lebih (biasa-biasa je tu...)
3. Dah join SEGMEN blogger hebat BEN ASHAARI. Mulanya panjang berjela kakak menaip dik nooon... kemudian, teringat syarat segmen hanya 100 patah perkataan je, cepat-cepat kakak copy ke microsoft word dan adjust supaya cukup 100 je. Menggigil-gigil beb kakak menaip... (sila jangan marah dengan ayat kakak yang agak-agak rock ini). Kakak kalau sukanya sangat hati, memang cenggini...
Sebelum ini, saya (kembali ke bahasa skema) pernah menghantar url blog ke enjin carian Bing melalui entri di dalam blog blogger sifu blog saya iaitu blogger HASRUL HASSAN. SEO TIPS : Baca dan terus buat. Tak saya sangka, bila buka Nuffnang beberapa hari lalu, lihat Page View (PV) mencanak naik 300 lebih setiap hari. Puas juga saya fikir bagaimana ya. Akhirnya, sifu +HASRUL HASSAN paparkan entrinya tu di fb, saya kembali membacanya dan di situlah saya dapat jawapan mengapa PV jadi begitu.
Saya petik hasil penulisan blogger HASRUL HASSAN, antaranya :
"Kalau tak hantar untuk diindeks, tentulah entri dan blog tidak akan terpapar dalam enjin carian. Kena hantar secara berkala supaya enjin carian sentiasa alert akan perubahan blog kita - sama juga ping entri-entri blog menerusi laman khidmat ping. Antara enjin carian popular selain daripada Google Search ialah Bing. Bing merupakan enjin carian bagi Yahoo dan juga MSN yang digabungkan".
Oleh kerana saya gembira, saya ingin kongsikan Teknik Hantar Blog ke Enjin Carian Bing. Mudah sahaja...

- Klik URL di sebelah ni (http://www.bing.com/toolbox/submit-site-url)
- Isi URL link blog anda
Selesai isi yang dikehendaki, paparan mesej berikut akan keluar.
Anda boleh pilih untuk daftar Bing Webmaster atau tidak... "terpulang untuk terima atau tidak. Hmm saya memang guna Bing Webmaster ni - sebagai tambahan kepada Google Webmaster" kata blogger +HASRUL HASSAN
Selamat hantar url blog anda ....
SUMBER : SIFU
saya sekarang guna Bing kak ieta,tp belum buat yang ni lagi,menarik ni,.
ReplyDeletenk try sekarang juga!..tq sis
ReplyDelete