Segmen ini dianjurkan oleh blogger hebat +HASRUL HASSAN. Segmen Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com adalah satu usaha bagi blogger Malaysia dalam membantah pelancaran laman web yang mempromosikan budaya hidup berzina. Laman web AshleyMadison ini dilaporkan akan dilancarkan di Singapura. Walaupun ia mendapat bantahan menteri Singapura dan orang ramai, belum nampak lagi sebarang petanda ia akan dibatalkan. Malah, pengasas laman web ini yang berpangkalan di Kanada, diberitakan akan merasmikan laman web versi Singapura ini pada 17 November 2013.
Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com kerana blogger wajar menyatakan pendapat melalui kebebasan dan hak bersuara. Seperti diketahui umum, blog merupakan medium ramai blogger menyuarakan pendapat dan apa sahaja yang bermanfaat. Pada pendapat saya, wajarlah pihak berwajib memantau dan menghapus laman web mahupun sebarang laman sosial yang menjadi dalang ke arah kehidupan sosial yang melampau dan mencemar budaya Islam khususnya dan budaya Melayu amnya.
Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com supaya generasi yang bakal memerintah Malaysia dan bumi tercinta adalah generasi yang lahir dari jiwa yang murni, suci dan bersih dari gejala zina. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : "Janganlah kamu menghampiri zina". Ayat ini jelas melarang menghampiri zina dan jelas terbukti jika anda ke laman web AshleyMadison.com, amat jelas bahawa laman web AshleyMadison.com adalah salah satu penyumbang ke arah kehancuran yang menyeru manusia ke arah kehidupan zina yang memang dilaknat oleh Allah SWT dan dibenci oleh semua Blogger Malaysia yang beragama Islam khususnya.
Sokong 100% dengan bantahan laman web tersebut
ReplyDeleteSupport!!
ReplyDeleteSupport
ReplyDeletesaya sokong
ReplyDeletesokong!
ReplyDeleteTerima kasih Wan Mazureen, Nurshakira, Tarmizi, Ainim & Paperbag Head. Maaf lambat baru ucap terima kasih. Tahun 2013 gila buat entri tapi tak perasan komen². Maaf ya... In shaa Allah lapang, akak b.walking ke blog kalian nanti ya.
ReplyDeleteTypo. Terima kasih Wan Maruzen.
Delete