As salam. Tak sampai hati rasanya meninggalkan dunia blog walau sesibuk mana sekalipun, walau rasa bosan berblogging sesekali menjelma dalam diri. Hari ini mama baru saya telah sah diijab qabulkan dengan abah di surau berdekatan rumah abah saya.
Minggu ini saya sibuk menjadi urusetia dan fasilitator Program Kem Rakan Al-Quran (KRQ) anjuran Pusat Tahfiz Darul Hafidziin sehingga 6/12/2013. Siang tadi saya bercuti dari program KRQ ini memandangkan abah saya melangsungkan majlis pernikahannya. Majlis berlangsung dengan amat meriah dan dihadiri ramai kenalan abah dan mama baru saya.
Hadiah pertukaran abah untuk mama baru saya warna purple dan kek nenas terbalik. Hadiah berwarna biru tu, dari mama baru saya. |
Cincin untuk mama baru saya. |
Ke semua hantaran sempoi yang ada. |
Abah menyarung cincin ke jari mama baru saya. |
Arwah emak yang saya rindui dan kasihi telah pergi ke rahmatullah pada tahun lalu bertarikh 18/6/2012. Saat itu, saya sarat mengandungkan anak saya yang ke lima. Hingga kini rasa sedih tu masih ada lagi. Namun demikian, dengan adanya mama baru saya ni, moga kehidupan abah saya lebih ceria dan teratur. Maklumlah, isteri dengan anak, mana sama cara jagaannya... Kami adik beradik dengan kehidupan berkeluarga dan kerjaya masing-masing. Esok kenduri di rumah mama bakal berlangsung. Seorang lagi adik saya juga bakal berkahwin tak lama lagi. Moga semuanya berjalan dengan lancar :)
Nota : Terima kasih +chepah ila Hussein yang sudi membuatkan kek nenas terbalik yang comel tu.
Nota : Terima kasih +chepah ila Hussein yang sudi membuatkan kek nenas terbalik yang comel tu.
tahniah kak dapat mama baru...
ReplyDeletetahniah..semoga sume dipermudahkan ;)
ReplyDeleteWahh tahniah, dapat mama baru.. Moga abah akak terus bahagia hingga Syurga InsyaAllah :)
ReplyDeleteTahniah..
ReplyDeletetahniah, ada mama baru...
ReplyDeleteTahniah buat abah akak :-)
ReplyDeleteTahniah Kak Ieta dapat mama baru..
ReplyDeleteAbak pun jadi fasi Kem.... Alhamdulillah...
ReplyDeletetahniah leta..semoga mereka bahagia keakhir hayat...
ReplyDeleteTahniah :)
ReplyDeleteAnak saya pulak tak berusaha nak cari mama baru.
ReplyDeleteCikgu,
ReplyDeleteCikgu boleh add blog saya di bawah ini andainya tidak menggangu kelancaran blog cikgu:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/
Sekiranya sudah dimasukkan ke blog cikgu harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
Terima kasih cikgu.