CIKGU IETA

Cikgu ieta berblogging dari tahun 2009. Berkongsi apa sahaja pengalaman Cikgu ieta dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan Cikgu. Suka kongsi panduan dan kisah kehidupan, tips, panduan blog dan macam-macam. Maklumlah Lifestyle Blogger. Bebas menulis apa sahaja. Instagram : https://www.instagram.com/CikguiEta Telegram Channel : https://www.t.me/CikguiEta

Mama baru saya

As salam. Tak sampai hati rasanya meninggalkan dunia blog walau sesibuk mana sekalipun, walau rasa bosan berblogging sesekali menjelma dalam diri. Hari ini mama baru saya telah sah diijab qabulkan dengan abah di surau berdekatan rumah abah saya.


Minggu ini saya sibuk menjadi urusetia dan fasilitator Program Kem Rakan Al-Quran (KRQ) anjuran Pusat Tahfiz Darul Hafidziin sehingga 6/12/2013. Siang tadi saya bercuti dari program KRQ ini memandangkan abah saya melangsungkan majlis pernikahannya. Majlis berlangsung dengan amat meriah dan dihadiri ramai kenalan abah dan mama baru saya

PENGALAMAN, KISAH SEORANG AYAH, hantaran kahwin, kahwin, abah, mama baru saya, kisah blogger ieta, tanggungjawab isteri, tanggungjawab anak, tanggungjawab suami, berblogging bukan kerana wang
Hadiah pertukaran abah untuk mama baru saya warna purple dan kek nenas terbalik. Hadiah berwarna biru tu, dari mama baru saya.

PENGALAMAN, KISAH SEORANG AYAH, hantaran kahwin, kahwin, abah, mama baru saya, kisah blogger ieta, tanggungjawab isteri, tanggungjawab anak, tanggungjawab suami, berblogging bukan kerana wang
Cincin untuk mama baru saya.

PENGALAMAN, KISAH SEORANG AYAH, hantaran kahwin, kahwin, abah, mama baru saya, kisah blogger ieta, tanggungjawab isteri, tanggungjawab anak, tanggungjawab suami, berblogging bukan kerana wang
Ke semua hantaran sempoi yang ada.

PENGALAMAN, KISAH SEORANG AYAH, hantaran kahwin, kahwin, abah, mama baru saya, kisah blogger ieta, tanggungjawab isteri, tanggungjawab anak, tanggungjawab suami, berblogging bukan kerana wang
Abah menyarung cincin ke jari mama baru saya.

Arwah emak yang saya rindui dan kasihi telah pergi ke rahmatullah pada tahun lalu bertarikh 18/6/2012. Saat itu, saya sarat mengandungkan anak saya yang ke lima. Hingga kini rasa sedih tu masih ada lagi. Namun demikian, dengan adanya mama baru saya ni, moga kehidupan abah saya lebih ceria dan teratur. Maklumlah, isteri dengan anak, mana sama cara jagaannya... Kami adik beradik dengan kehidupan berkeluarga dan kerjaya masing-masing. Esok kenduri di rumah mama bakal berlangsung. Seorang lagi adik saya juga bakal berkahwin tak lama lagi. Moga semuanya berjalan dengan lancar :)

Nota : Terima kasih +chepah ila Hussein  yang sudi membuatkan kek nenas terbalik yang comel tu.
SHARE

Cikgu ieta Blogger, Social Media Influencer, Coaching Online Smart Trading

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 orang yang sudi komen:

  1. tahniah..semoga sume dipermudahkan ;)

    ReplyDelete
  2. Wahh tahniah, dapat mama baru.. Moga abah akak terus bahagia hingga Syurga InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak Ieta dapat mama baru..

    ReplyDelete
  4. Abak pun jadi fasi Kem.... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. tahniah leta..semoga mereka bahagia keakhir hayat...

    ReplyDelete
  6. Anak saya pulak tak berusaha nak cari mama baru.

    ReplyDelete
  7. Cikgu,

    Cikgu boleh add blog saya di bawah ini andainya tidak menggangu kelancaran blog cikgu:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/

    Sekiranya sudah dimasukkan ke blog cikgu harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

Tulis Cadangan atau pertanyaan Di SINI

Name

Email *

Message *