Pada 14/1/2014 lalu, telah berlangsung "Program sempena Maulidur
Rasul di Masjid Al-Akram", Taman
Keramat. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB
Datuk Johari Bin Abdul Ghani, selaku ahli Parlimen
Titiwangsa.
Program sempena Maulidur
Rasul di Masjid Al-Akram diserikan dengan pelbagai
aktiviti. Antara aktiviti yang berlangsung ialah program perarakan
sambil berselawat ke atas junjungan yang mulia Nabi
Muhammad s.a.w. Perarakan bermula pada jam 9.00 pagi.
Seramai lebih dari 20 buah Kontingen telah menyertai perarakan anjuran Masjid
Al-Akram ini. Perarakan dikawal oleh Polis yang bertugas dan ahli Pengakap
Malaysia. Sepanjang perarakan bersepanduk oleh Kontingen-kontingen itu, peserta
tidak putus-putus berselawat dengan pelbagai nada, malahan perarakan dimulakan
dengan kontingen pertama diiringi rebana mereka.
Selesai Perarakan, peserta masuk ke dalam dewan
Masjid Al-Akram untuk mendengar tazkirah ringkas yang santai dan Ceramah berqasidah oleh penceramah jemputan pihak Masjid.
Gambar hilang...
Gambar hilang...
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara perarakan berselawat. Hadiah disampaikan oleh YB Datuk Johari Bin Abdul Ghani.
Gambar hilang....
Gambar hilang....
Kemudian, acara kemuncak yang dinanti-nantikan ramai, Ceramah sempena Maulidur Rasul dari Ustaz Fakhrul Radzi dengan kumpulan Qasidahnya.
Moga Program sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-Akram ini dapat memberi kesedaran dan
penghayatan terhadap perjalanan pahit getir junjungan mulia kita Nabi Muhammad
s.a.w di dalam usaha beliau menyebarkan Islam ke persada dunia. Adalah lebih
baik juga andai Program sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-Akram diteruskan sepanjang tahun melalui
penghayatan dalam bentuk aktiviti yang lebih menambahkan kecintaan ummah
terhadap junjungan mulia yang amat dirindui bukan hanya sekadar berarak untuk
memenangi hadiah tanpa hadirnya jiwa dalam diri untuk mendengar ceramah, motivasi ataupun
tazkirah dari aktiviti yang telah disediakan.
Bersama menyemarakkan sunnah melalui aktiviti cintakan Rasul…
Meriahnya!!!!!
ReplyDeleteAlhamdulillah... memang sangat meriah. Terima kasih ya sudi berkunjung :)
DeleteTempat saya belum ada lagi program Maulidir Rasul
ReplyDeleteBolehlah cadangkan kepada AJK penduduk :)
Delete