As salam. Ada beberapa orang pembaca rakan blogger pernah bertanya
saya. Apa konsep blog akak? Apa lah pula kaitan "Konsep
Blog dan MSMW 2014" ni ya?
Konsep Blog dan MSMW 2014 ada
perkaitannya... Sebelum itu, mari saya terangkan. Konsep blog atau niche blog ni
penting bagi sesebuah blog untuk mengenalpasti pembaca sesebuah blog.
Bila blogger dah kenal dan tahu rentak pembaca blognya, maka
mudahlah bagi blogger menyertai mana-mana event dan
pertandingan seperti MSMW 2014 ni.
Eh, eh MSMW tu apa pula? Ha... ia merupakan singkatan
daripada Malaysia Social Media Week. Program ini
merupakan acara tahunan dan bermulanya ia adalah pada tahun 2012. Bermaknanya,
pada tahun 2012 blogger telah mula mendapat pengiktirafan di
bumi Malaysia.
Tahukan anda, banyak kebaikan dan manfaat bila menjadi
seorang blogger berbanding penulis majalah
ataupun akhbar. Antara kelebihan menjadi seorang blogger ialah
anda bebas untuk berbicara meluahkan apa sahaja tanpa orang
lain mengenali anda melainkan anda memanglah seorang yang memang sudah
terkenal. Yang paling penting, once anda menjadi blogger, anda
boleh menjana wang daripada blog anda.
Siapa pula blogger? Seseorang yang memiliki blog adalah dipanggil blogger. Sebagai seorang blogger, sememangnya blogger bebas untuk berbicara. Tiada sekatan, tiada larangan dan tiada due date untuk publish artikel akka entri. Tapi, hati-hati ya... anda masih tertakluk kepada undang-undang negara... :) Ada cara bagaimana untuk memastikan pengujung sentiasa berkunjung ke blog anda dan ada cara sebenarnya bagaimana nak meramaikan follower dan membuatkan pengunjung sudi meninggalkan komen dalam mana-mana entri atau artikel anda. Nak tahu caranya? Rajin-rajinlah membaca, itu kuncinya. Dalam blog ini juga ada artikel tentang itu. Carilah dan bacalah untuk penambahbaikan ilmu blogger anda dan boleh kongsi-kongsikan pengalaman anda dengan saya.
Berbalik kepada tajuk Konsep
Blog dan MSMW 2014. Sebenarnya, dah lama juga saya tercari-cari dan
puas juga saya memikirkan apa konsep blog saya ni. Akhirnya, terjawab juga
persoalan itu setelah saya berbincang dengan rakan saya yang banyak membantu
saya dalam berblogging. Nak ceritanya, blog saya yang tidaklah
hebat mana ni sebenarnya berkonsepkan bebas
berbicara. Kebiasannya, saya lebih suka memaparkan entri atau artikel yang
berbentuk ilmiah. Sedikit parenting guide, motivasi, panduan blogging,
panduan rumahtangga serta kehidupan juga panduan kesihatan. Sesekali, ada
juga yang personal tetapi sedaya upaya saya cuba selitkan cerita yang
berbentuk ilmiah dan ada juga sedikit hiburan seperti artikel tentang kumpulan
muzik, sajak dan puisi ciptaan saya sendiri. Kiranya, pelbagailah yang ada
dalam blog saya ni. Jadi, nichenya adalah personal atau Best Lifestyle
Blog seperti yang sedang hangat di undi di dalam MSMW 2014. Tapi
saya tak join tau... Sebab tersalah masukkan username, langsung
depa tak dapat detect blog address saya sampai ke sudah. Tak
mengapa... takde rezki... Allah tak izin lah tu... Nak vote pun
tak dapat. Lagilah sedih... Ha... Begitulah ceritanya Konsep
Blog dan MSMW 2014 akan perkaitannya....
Sedikit imbasan MSMW 2 tahun
lalu. Senarai pemenang mengikut kategori dalam undian
tahun MSMW 2013 boleh lihat DI
SINI (Klik). Manakala untuk pemenang MSMW 2012, anda boleh
lihat DI
SINI (Klik). Cuba lihat, mereka semua mungkin anda kenal. Hebat kan
mereka? Dah tahu konsep blog saya,
anda bagaimana pula, apa konsep atau niche blog anda?
Penganjur program Malaysia Social Media Week 2014 adalah seperti berikut :
Psss... Jom support
blogger-blogger yang join MSMW 2014 mengikut
kategori masing-masing DI
SINI (Klik). Bagaimana nak undi? Klik SINI atau SINI. 2
blogger tu ada terangkan bagaimana cara nak lakukan proses pengundian. Tempoh
pengundian adalah selama 10 hari sahaja tau... Pi undi lekas! Good luck buat 2 blogger ni dan semua yang turut serta
:)
fuhh, panjang lebar tulisnya ye. :)
ReplyDeleteDah tu... Ikut nasihat Tuan Denaihati suruh tulis 300 patah perkataan... tak boleh ke tulis camni sifu? huhu...
DeleteYa Allah, hanya kerana tersilap dah tak boleh masuk? Dugaan, dugaan. Bersabarlah yek...
ReplyDeleteTakpe2... ada hikmahnya tu... :)
DeleteOk...nanti jangan lupa pembaca blog ni...singgah dan undi blog Pondok Kecil juga..hahaha
ReplyDeletetu, dah suruh dorang klik kat link tu... tak pasan ek... :)
DeleteJangan lupa vote saya di kategori Educational Blog ;)
ReplyDeleteSaya tak boleh vote dalam MSMW kali ni... seperti yang dinyatakan di atas dah tu :)
DeleteLihat juga blog2 yang tersenarai kali ini, hampir sama spt tahun lepas... Semoga berjaya buat mereka. Saya belum bersedia utk expose lagi... Menanti masa sesuai utk mengundi, :)
ReplyDeleteCuba lagi tahun depan ye ieta!
In shaa Alla BM
Deletegood luck untuk semua peserta.
ReplyDeleteGood luck juga :)
DeleteinsyaAllah daftar tahun depan pula. semoga sukses untuk kawan-kawan blogger semua.
ReplyDeleteIn shaa Allah tuan :)
DeleteKategori best lifestyle blog tu persaingannya sangat2 sengit.. blog sy pun masuk kategori tu.. tak mengharapkan sebarang kemenangan...
ReplyDeleteTakpe... at least bila blog dh tersenarai, dunia antarabangsa dah tahu. Untung tu.... good luck ya :)
Deletebagus ni..bagi tau semua org tips n terma msmw ni
ReplyDeleteTerima kasih.... huhu.... tak tau plak artikel ni bagus. Segera sy share ya
Delete