KISAH CIKGU IETA

Cikgu ieta Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Mula menulis di blog dari tahun 2006. Berkongsi apa sahaja pengalaman Cikgu ieta dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan Cikgu. Suka kongsi panduan dan kisah kehidupan, tips, panduan blog dan macam-macam lagi. Maklumlah Lifestyle Blogger. Bebas menulis apa sahaja. �� Instagram : https://www.instagram.com/CikguiEta Telegram Channel : https://www.t.me/CikguiEta

Perginya tak kembali...

Assalamu'alaikum. Hari ini ingin ku berkongsi dengan kalian secebis kisah "Perginya tak kembali...". Kisah pilu... pemergian arwah emakku buat selama-lamanya.

Perginya tak kembali...  Masih terbayang raut wajah arwah emak... Memandang kami sekeluarga seorang demi seorang.. Sayu hatiku bila terkenangkan bahawa, itulah saat terakhir beliau memandang aku, suami dan anak-anakku. Cukup lama aku membina kekuatan di dalam diriku untuk ku coretkan tentangmu wahai emak yang amat ku rindu....

LUAHAN HATI, PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Perginya tak kembali.., itulah saat terakhir beliau memandang aku, suami dan anak-anakku, baby, anak, Destinasi, http://www.blogieta.com/2014/05/perginya-tak-kembali.html, Perginya tak kembali...
Perginya tak kembali... Rindunya....
Emak sakit dan koma.
Waktu emak sakit dan koma tu, aku sarat mengandungkan anakku yang kini berusia setahun 5 bulan. Aku mengetahui emakku dalam hospital dari suamiku. Adikku yang bongsu telah memaklumkan kepada suamiku setelah mesej kepadaku tidak berbalas. Aku keletihan hari itu. Balik terus tidur usai solat Isyak. Walau aku dah bersuami, aku memang sayang emak...

Kenapa sayang emak?
Bagiku, sayangnya aku kepada emak tiada tandingannya. Sebab emak mengandungkan aku selama 9 bulan. Sepanjang itulah emak alahan teruk. Bau nasi yang ditanak, bau bawang, bau apa aje pun tak boleh. Memasak, ikat towel good morning ke muka untuk menutup hidungnya dari terhidu bau yang akan membuatkan beliau muntah selambak. Siksanya emakku semasa mengandungkan aku...

Apa jadi bila dengar emak sakit?
Terduduk, tak keruan dan menggigil aku menahan sebak mendengar berita itu. Rupany emak dah seminggu demam. Abah dan adikku yang ke empat ingatkan emak demam biasa. Mereka bawa ke klinik dan beri makan ubat sahaja. Pada hari arwah emakku dibawa ke klinik, pipi arwah emak senget sebelah kiri. Lantas emak dibawa terus ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Di sana, doktor mengesahkan emak mengalami mild stroke.

Sedih tengok emak...
Aku bergegas ke hospital. Sampainya aku di hospital, ku lihat emak cengkung... kurus... Emak banyak diam... kurang bercakap. Aku sanggup berulang dengan ke hospital dalam keadaan sarat mengandung demi berbakti menyuap emak makan dan minum dan lap tubuh badan emak yang demam. Aku sanggup, berbakti walau ku tahu emakku sudah tidak seperti dahulu ceria, kuat berleter dan sering memarahi aku atas karenah kebudak-budakan aku sebelum berkahwin. Ya, walau aku anak sulung tapi akulah yang paling macam-macam karenah keanak-anakan aku. Manalah emak tak berleter? Tapi, leterannya itulah buat aku jadi apa aku hari ini.

Aku imsomnia.
Bermula saat aku dapat tahu emak sakit di dalam wad, tidurku tidak pernah lena. Tak sabar menanti hari esok untuk melihat emakku. Di tempat kerja, tak sabar-sabar aku untuk kembali bertemu dengannya di Hospital.

Emak pergi tinggalkan aku akhirnya...
Akhirnya tarikh 18 Jun, 2011 emak menutupkan mata untuk selama-lamanya. Tuhan... Bagai direnggut-renggut dan dirobek-robek hatiku ini. Bagai terhempas diriku bila mendengar suara abahku yang menalifonku pagi itu dari HKL, "Long... mailah mak dah tak dak...". Allah... Aku longlai rasa nak rebah ke lantai. Belum puas aku berbakti semenjak aku berumahtangga terhadap emakku... Seakan baru sahaja semalam ku suapkan nasi dan air milo ke mulut emak. Dalam keadaan lemah dan  menggigil, aku ke Hospital bersama suamiku.

Perginya tak kembali... Tiada lagi seorang yang dapat ku panggil emak. Tiada lagi ucapan selamat hari ibu atau selamat hari lahir untuk emakku.... Tiada lagi pertanyaan
Long, hang bila nak balik? Long, hang dah sampai mana?", bila hari Raya.
Perginya tak kembali... Sesungguhnya, saat ini aku amat merinduinya... Moga ruh emak tenang di destinasi terakhir yang kita juga akan ke sana dan ditempatkan di kalangan insan beriman. Amiin..

Untuk Puan Nini Marini, Puan... tabah ya. Allahyarham Armand menanti Puan dan suami di sana. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah pinjamkan Armand sementara untuk memberi puan dan suami cahaya. Cahaya yang takkan padam selamanya...

Rindu...

EMAK

Waktu kecil-kecil dulu emak memang tegas paksa kami mengaji. Tapi mini,

Dah takde jeritan
"Hangpa dengaq dak aku suruh mengaji?".

Dah takde kedengaran dah
"Long, hang bila nak balik sini?".

Dah takde dah suapan nasi ke mulut anak emak ni.
Dah takde dah sambal ikan dan laksa emak yang sedap hingga menjilat jari.
Dah takde dah insan yang peluk anak mak ni waktu dia sedang bersedih.
Dah takde dah kata-kata azimat dan keramat doa penguat semangat untuk anak emak yang sulung dan manja tapi cengey ni.

Tu semua dah takde sebab emak dah pergi menghadap Ilahi.

18/5/2019 ni genap 7 tahun emak meninggalkan kami. Rindu emak sangat-sangat. Moga emak tenang di sana dan gembira melihat kemenjadian kami adik-beradik hasil didikan emak dan Abah, Tuan Hj. Mat Saad bin Haji Nasir.

Tanpa didikan emak dan Abah, Kaklong tak jadi  seperti apa Kaklong hari ini.

Anda dan saya sama. Kita sering rindukan insan yang sudah tiada... Perginya tak kembali... Apa yang anda lakukan jika anda rindu pada yang telah tiada ya?
SHARE

Cikgu ieta Blogging Marketing Management Expert & Freelance Speaker

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

17 orang yang sudi komen:

  1. as salam. ibu sy pun telah pergi pd raya haji ke3 thn 2002. dia telah sakit sejak 1995.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah... lama sakit. takpela... redha je la kan @abe kie? Allah sayang dia sbb tu dia dipanggil kembali...

      Delete
  2. sedih rasanya baca entri ini..moga kuatkan semangat ye kak ..Allah lebih sayangkan dia.. sedekahkan al fatihah

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Moga arwah mak aman di sana...
      Thanks Syu...

      Delete
  4. semoga Arwah mak akk ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. harap sempat wish Selamat Hari Ibu pada kak ieta :)

    alfatihah juga buat arwah mak kak ieta..

    ReplyDelete
  6. semoga roh nya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah..memang sukar untuk menerima kehilangan insan tersayang..rasa macam masih belum puas untuk membalas segala jasa mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukar tapi kena Redha... lebih baik behitu dari sakit tak sanggup kami anak2 melihatnya En. Nor Ariffin. Terima kasih sudi berkunjung ^__^

      Delete
  8. Setiap yang hidup pasti akan mati.. kita yang hidup ni perlu meneruskan kehidupan yang masih berbaki..keep strong yer..dan semoga arwah dicucuri rahmat selalu...aminnn

    ReplyDelete
  9. I like thhe first point you made there, but I am not sure
    I could reasonably apply that in a contructive way.

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

Tulis Cadangan atau pertanyaan Di SINI

Name

Email *

Message *