As salam. Hari ni saya sibuk betul... Selepas selesai mengajar, saya bergegas menghantar anak ke dua saya balik ke rumah. Kemudian terus bergegas ke Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur untuk menghadiri Jemputan ke Perhimpunan dan Majlis Penghargaan JAWI bagi meraikan kakitangan dan guru-guru yang mendapat "Sijil 5S dan Sijil Penghargaan" di dalam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Mereka yang mendapat Sijil 5S dan Sijil Penghargaan ini sudah tentunya kakitangan yang hebat dan berkaliber di dalam bidang masing-masing. Tahniah buat rakan-rakan yang hebat ini.
Ni baru balik sampai rumah. Tak tahu nak mulakan apa dan bagaimana penulisan hari ini. Sebenarnya pelbagai perkara dan isu berlegar diminda ini.
Satu perkara yang pasti ingin saya buat ialah blogwalking ke blog peserta GIVEAWAY INI. Moga tercapai hasrat saya. Amiin..
Oleh itu komen di blog saya mungkin lagi saya tidak balas dan saya terus juga blogwalking ke blog pengomen semua.
Di kalangan pembaca, ada tak yang pernah mendapat Sijil 5S dan Sijil Penghargaan? Boleh kongsikan apakah faktor yang membuatkan anda terpilih untuk mendapat Sijil 5S dan Sijil Penghargaan ini?
Happy blogging.... ^__^
X pnh dpt... Kerja pun masih bru masuk 3 tahun..
ReplyDeleteIn shaa Allah Maria pasti dapat 1 day nanti ^__^
DeleteZumal belum pernah terima sijil camtu :)
ReplyDeleteIn shaa Allah 1 day pasti Zumal dapat lah tu... ^__^
DeleteTak pernah dpt sijil mcm tu, tp sesiapa yg dpt tu mmg kakitangan yg baik & berdedikasi.. tahniah kpd yg menerimanya.. :)
ReplyDeletebetul tu Yeop ^__^
Delete