Setelah penganjur program Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog iaitu Tn. Hj. Mohd. Ilham @ Amir pengasas blog Denaihati dan pasukannya mewar-warkan seminar buat duit dengan affiliate di timeline facebook mereka, tanpa berlengah saya terus ke blog denaihati.com dan mendaftar. Saya bersyukur disebabkan saya mahasiswi UTMSpace, Tn. Hj. Mohd. Ilham @ Amir telah memberi diskaun sebagai galakan untuk saya menyertai seminar buat duit affiliate itu walaupun beberapa orang rakan yang telah berjanji untuk hadir membatalkan niat untuk menghadiri seminar atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan.
Pengalaman ini mahal teramat mahal buat saya kerana inilah pertama kali saya ke Shah Alam menaiki pengangkutan awam hingga beberapa kali tersalah train.
![]() |
Ruang dalam Putra LRT ini luas... tidak ramai penumpang... Patutlah penumpang tidak ramai... salah train rupanya...
|
Untuk mengelakkan saya dari tersesat, maka suami saya galakkan saya menaiki kenderaan awam sahaja. Saya memulakan perjalanan pada hari Sabtu lalu dengan memandu ke stesyen Putra LRT Jelatek dan parking kereta saya di kawasan parking yang telah disediakan. Dari situ saya memilih laluan sebelah kiri untuk ke KL Central dan saya akan menaiki komuter untuk ke stesyen komuter Shah Alam.
Rupa-rupanya, saya salah arah menaiki train... Saya sangkakan arah yang ditunjuk di sign board Putra LRT Jelatek itu menunjukkan arah yang betul untuk terus ke KL Central. Rupanya train tersebut menghala ke Gombak... Kenapalah penunjuk arah tidak ditulis dengan betul...? Kan membuang masa saya sahaja.
Sementara menunggu sampai ke KL Central, tidak membuang masa, saya berkongsi entri saya ke beberapa group blogger. Terlepas stesyen pula... Turunlah saya di stesyen Bangsar pula... Itulah... Leka dengan handphone... Kan dah terlepas destinasi? Salah sendiri... Pengajaran tu... Bila naik kenderaan awam, berhati-hati... huhu...
![]() |
Gerbang masuk KTM Komuter di KL Central.
|
![]() |
Selesa, sejuk dan seronok berada di dalam gerabak komuter ni.
|
![]() |
Ada televisyen wooo... Jakun... Macam tidak pernah melihat tv... hehe...
|
Kejadian lucu di dalam train komuter ini. Sewaktu collector ticket menyemak tiket penumpang, saya menggelabah.
"Alamak... Macamana ya? Saya lupa lah pula nak pergi beli tiket...". Tanya saya kepada perempuan bertudung labuh berwarna pink di sebelah saya.
Walhalnya saya masuk menggunakan kad Touch nGo... Melihat saya yang menggelabah rock ketika itu, perempuan itu bertanya
"Akak masuk tadi guna apa kak?".
Masa itu barulah saya terpandang ke arah kad Touch nGo yang tergantung dileher saya tu. Mengekek saya tergelak dengan perempuan bertudung labuh berwarna pink tu. Macamana lah saya boleh tidak perasan saya menggunakan kad Touch nGo? LOL... :D
![]() |
Mudah dengan Kad Touch nGo sebenarnya hanya untuk menaiki Putra LRT dan bas RAPID KL sahaja...
|
Sila berhati-hati ya. Sekiranya anda menggunakan kad Touch nGo, pastikan anda hanya keluar melalui laluan keluar yang terdapat penjaga tiket di laluan keluar komuter. Jika tidak, kad yang anda sentuh di tempat lain akan dikenakan penalti tanpa bersebab. Kad Touch nGo belum dapat diguna pakai lagi di dalam sistem laluan keluar komuter sepenuhnya. Saya telah mengalaminya. Daripada baki yang ada di dalam kad Touch nGo bernilai RM42, mesin Touch screen itu telah menelan sebanyak RM25 sehingga hanya berbaki RM14.30 sahaja jadinya kad Touch nGo saya tu? Bayangkan betapa tidak efektifnya sistem komuter ini?
Perkara itu diakui sendiri oleh penjaga tiket dilaluan keluar komuter pada hari Sabtu 13/12/2014. Membuang masa saya pula kerana saya perlu datang kembali ke kaunter Putra LRT KL Central pada hari bekerja untuk claim semula wang kad Touch nGo saya yang ditelan oleh mesin buatan manusia yang mungkin belum siap itu. Hal ini diakui juga oleh seorang penumpang wanita lain yang mendengar perbualan saya bersama penjaga laluan keluar komuter waktu itu.
Katanya "Memang pun... Selalu jadi macam tu... Sistem di Komuter tu tak betul... Saya hari tu, RM45 dia telan. Nasib baik boleh claim balik".
Saya serik sesat sebenarnya. Sekali rupanya saya salah train... Sedih sungguh sebab tersalah train, saya sampai lewat. Bila sampai lewat saya tidak dapat duduk di barisan hadapan... Bila tidak dapat duduk di barisan hadapan maka kuranglah saya dapat buat catatan. Yang di hadapan saya besar dan tinggi saiz badan mereka. Terpaksa saya memanjangkan leher ke kiri dan ke kanan untuk melihat paparan slide. Maklumlah... saya ni rendang orangnya... :D
Teringat ustaz saya pernah berpesan. Katanya... "Keberkatan ilmu terus kepada yang berada di hadapan sekali..." :'( tidak dapat duduk di barisan hadapan...
![]() |
Baru tahu, rupanya di dalam komuter yang amat selesa ini terdapat KOC WANITA SAHAJA. |
Dari stesyen komuter Shah Alam, saya menaiki teksi sapu yang tidak menggunakan meter. Tambang RM5 dikenakan untuk ke Bangunan Karangkraf tempat Seminar Buat Duit Affiliate dengan blog tu. Jam 10.30 pagi saya sampai, terus ke Dewan Sultan Muhammad V. Tibanya saya di sana, saya disambut meriah oleh rakan blogger, rakan Kelab Blogger Ben Ashaari Nur Atikah, Sue Izza Sophian dan Izzara Qistina. Ini membuatkan hati saya sedikit ceria dan membuatkan saya tidak sabar untuk menimba ilmu di dalam Seminar Buat Duit Affiliate dengan blog pada hari itu.
![]() |
Tentatif program Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog (Kredit kepada Denaihati). |
![]() |
Pelancaran Jam Tawaf Denaihati. |
Jam Tawaf milik Denaihati disarungkan ke tangan Dato' Hussamuddin, CEO Karangkraf oleh Tn. Hj. Mohd. Ilham @ Amir dalam majlis pelancaran Jam Tawaf hari itu. Dato' Hussamuddin merupakan peneraju utama Karangkraf Sdn. Bhd. Sinar Harian adalah salah sebuah akhbar milik Karangkraf yang berani mengetengahkan isu-isu semasa dengan tepat terutamanya isu pilihanraya.
![]() |
Uniknya Jam Tawaf Ilhamku 01 ini, angkanya di dalam bahasa arab. |
![]() |
Cantikkan...? Jam Tawaf Denaihati ini berharga RM300. Tetapi pada hari ini, tawaran harga untuk peserta hanyalah RM200. Bertuah mereka yang dapat memilikinya.
|
![]() |
Designer Jam Tawaf Denaihati menerangkan kelebihan Jam Tawaf.
|
Antara kelebihan Jam Tawaf ialah memberi aura positif kepada si pemakai dan menenangkan mereka yang baran.
![]() |
Perkongsian dari saudara Ridhauddin Hariz, dikenali sebagai Prof Hariz telah menjana puluhan ribuan Ringgit dalam bidang affiliate tahun ini amat membuka minda saya. |
![]() |
Sifu Azrizam Mansor atau lebih dikenali sebagai Zeo UNIC pakar affiliate menerangkan perkaitan antara Blog dan Affiliate. |
Perkongsian dari Tn. Hj. Mohd. Ilham @ Amir Denaihati Ilhamku, ilmu berbayar sebenarnya lebih dihargai dari ilmu yang percuma.
Ini benar kerana, saya sebenarnya sudah memperolehi pelbagai E-book percuma tetapi saya tidak sempat membaca ke semua ebook itu. Jadi, peluang yang ada memang tidak saya lepaskan untuk bertanya beberapa soalan kepada speaker yang dijemput khas untuk berkongsi ilmu affiliate mereka. Itu pun saya rasa tidak puas, mahu menimba ilmu lagi sebenarnya. Masa amat singkat dan padat... sampai lewat dek tersalah train, duduk pula di bahagian tengah tepi sekali, sukar untuk saya yamg rendang ni memberikan tumpuan. hehe...
Arwah emak saya pernah berpesan... "Malu bertanya sesat jalan...". Sebab itu saya memang suka bertanya. Sebab saya tahu, saya tak tahu. Sebab itu saya nak sangat tahu... Bertanya memang saya tidak malu sebab saya memang tak tahu...
![]() |
Pakar SEO Cikgu Ahmad Faizal bin Abi Setama atau dikenali sebagai Encik Titan memang tidak asing lagi dengan Kitab Teknik SEO Merah Jambunya. |
![]() |
Penerangan ringkas tentang Teknik SEO yang digunakan oleh Encik Titan. Hari ini baru saya faham... |
Menyesal pula saya tidak membawa ebook Teknik SEO Merah Jambu yang telah saya beli dan print dari hasil saya berblogging tu. Tidak, lagi banyak soalan saya kepada sifu saya Encik Titan ni... ^__^
Seterusnya pemilik affiliate Klikjer iaitu Tuan Mohd Syuhaimy bin Abu Bakar atau dikenali sebagai Shuth Wang Cyber telah memberi penerangan tentang affiliate yang terdapat di dalam klikjer dan panduan bagaimana menjadi penulis ebook dan yang paling best... hadiah percuma telah diberikan kepada peserta hari ini iaitu affiliate beliau sebanyak 30 buah ebook yang bernilai RM1,500.00. Bertuah siapa yang hadir tau.... Percuma you... ^__^ Masa ini, bateri handphone saya telah habis. Sebab itu, tiada gambar beliau.
Akhir sekali, sifu Mohd Hadihaizil Din yang lebih dikenali sebagai Eizil, pakar dalam bidang domain dan hosting telah berkongsi ilmu blogging dan sedikit ilmu Wordpress.
Antara nasihat sifu Eizil :
Akhir sekali, sifu Mohd Hadihaizil Din yang lebih dikenali sebagai Eizil, pakar dalam bidang domain dan hosting telah berkongsi ilmu blogging dan sedikit ilmu Wordpress.
Antara nasihat sifu Eizil :
- Tulis entri terus publish. Jangan peram lama-lama.
- Fokus pada artikel yang jelas. Buat apa tulis panjang meleret hingga bosan pembaca membaca jika entri boleh dibahagikan kepada beberapa tajuk.
- Banyakkan membaca.
Saya menang cabutan bertuah tiga buah buku ini. Cantikkan? Macam nak buat Giveaway je... ^__^
|
"Blogger yang bersemangat macam kak Ieta Mat Sa'ad... macam Deq Noor Shafawati.... memang akan berjaya, In Sha Allah... dalam program affiliate Malaysia; jika mereka terus lakukan apa yang telah mereka dapat..." bersemangat saya membaca kata-kata sifu Hasrul Hassan ini di time line facebooknya pagi 14/12/2014..
Antara kesimpulan yang saya perolehi dari seminar buat duit Affiliate dengan blog ini ialah :
- Untuk seseorang itu memperolehi wang yang banyak maka usah takut untuk melaburkan wang.
- Ilmu berbayar biasanya lebih dihargai dari ilmu yang diberi secara percuma.
- Yang akan menjadikan seseorang itu berjaya adalah usahanya sendiri tanpa kenal erti jemu.
Tahukah anda, banyak manfaat menghadiri Seminar Buat Duit Affiliate ini? Tidak mustahil satu hari kelak, seorang cikgu menjadi jutawan di dalam dunia affiliate.
"Peluang masa seminar tu memang cukup bernilai. Kita bawakan ruang dan platform.. yang penting diri sendiri yang buat TINDAKAN. kannn..." demikian kata-kata semangat dari sifu Kid untuk saya.
Inilah Pengalaman Hadir Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog saya. Sememangnya mahal buat saya pengalaman ini. 1 hari 1 malam baru saya dapat siapkan entri tentang Pengalaman Hadir Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog. Untuk itu, saya cadangkan anda yang dahagakan ilmu buat duit affiliate agar melayari laman web berkaitan affiliate ini.
Klik banner ini untuk maklumat lanjut Kursus Affiliate tertera. |
![]() |
Peserta Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog (Kredit gambar kepada mohdzarin.com) |
![]() |
Semalam yang sibuk... sampai nak siapkan entri ini 1 hari 1 malam baru siap :D |
Best ke entri ini? ^__^
Jauh benor duduk. Nampak sayup gambor. :)
ReplyDeleteTu le aku biomed.. hehe... sampai lambat cenggitu le gayanya...
DeleteSeronok membaca terima kasih diatas perkongsian cikgu ieta.
ReplyDeletesama2 Maizul :)
DeleteBestnya dapat pergi ke kelas ilmu sebegini. Bestnyaaa
ReplyDeletetq ieta kongsi pengalaman ni xrugi bayar rm150 hasilnya menguntungkan kalau ana dh dekat mest turut serta sekali..huhuu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tn. Hj. Amir seorg yg budiman bg diskaun sbb sy pelajar Nazliana :)
Deletecamana la leh sesat nih. haiya..
ReplyDeleteMcm yg akak cerita kat atas tu le sifu Titan... huhu...
DeleteSangat setuju....kita nak dapat unyung...kena lah labur duit.....kalau rugi pun itu adalah pelaburan.....pengalaman kehidupan
ReplyDeleteTiada apa yg percuma Nini zmn skrg... Utk yg bermamfaat tak pe je ^__^
Deletetahniah kerana sudah ada momentum dalam penulisan artikel blog :)
ReplyDeleteTrm kasih Tuan Ikhwan. Sy tetap belajar lg ^__^
DeleteHehe....kak ieta nasib kak ieta tringat kad touch n go tu kn hehe..seronok baca pengalaman kak ieta,saya pun dah lama juga tak naik train kak ieta,Alhamdulillah kak ieta dapat pergi ke majlis seperti ini,ilmu ni utk jangka masa panjang,Tgk kak ieta tulis ttg jam tangan tawaf yang di lancarkan tu utk yang panas baran ya??InshaAllah ada rezeki nak juga memilikinya..
ReplyDeleteBetul tu Eyfya. Leh tanya Denaihati jam tawaf tu nnt ya ^__^
Deletemakin meletop la blog ni nnt :-)
ReplyDeleteAamiin... Mudah2an berjaya hendaknya blog ini nnt ^__^
Deletesemoga ini langkah untuk terus berjaya di masa akan datang
ReplyDeleteAamiin... Insyaa Allah Kucha Lana.
DeleteWahh,,untunglah ieta dapat jumpa dorang ni..nice entri..seronok membacanya :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah Azzahairi. Mereka tu mmg hebat2 ilmu mereka ^__^
Deletetahniah kak..semoga terus maju lepas ni
ReplyDeleteAamiin.. Trm kasih Nad ^__^
Deletebestnya kak ieta. ruginya sebab fyna tak dapat join. banyak ilmu yang boleh kita dapatkan.
ReplyDeleteMmg best Fyna. Ilmu bermanfaat mmg best ^__^
Deletemacam tak adil pulak kena penalti sampai macam tu....
ReplyDeleteapapun terima kasih dan tahniah berjaya sertai seminar mudahan dapat dimanfaatkan nanti.
Sy dah gi tuntut balik Tn. Hj. Amir duit yg mesin tu telan. Sebulan dr tarikh 16/12/2014 baru dpt balik. Sistem buatan manusia... mmg mcm tu lah... Lps ni sy akn lebih alert :)
Deletemenarik pengalaman nie..
ReplyDeleteMoga dpt jd panduan utk yg mencari sesuatu dr entri ini. Trm kasih sudi singgah ya KB ^__^
Deletetahniah dan moga makin maju, tengok blog ni dah banyak perubahan nampaknya :D
ReplyDeleteAamiin... Trm kasih Fairiz :)
Deletefokus fokus fokus ! tiada jalan pintas untuk berjaya,kami full time dalam industri Tourism.Bermula dengan blog cap ayam dan kini cap ayam. Bila tiada tempahan ,kami fokus dalam kerja kerja masyarakat dengan mengajar bahasa melayu secara percuma di satun Thailand.Bila ada job ,kami belum pernah terlupa mendermakan sebahagian hasil untuk pembanggunan Bahasa Melayu di Thailand.Rahsia berjaya adalah yakin pada rezeki Allah dan terus berusaha dan berbakti pada agama dan bangsa.
ReplyDeleteRezki dan cara masing2... Itu semua telah ditentukan oleh Allah. Terima kasih Karlisa sudi singgah dan komen di blog akak ini ^__^
Deletetahniah sebab dapat hadir seminar tu...semoga ilmu yang diberikan dapat diaplikasikan dengan baik.
ReplyDeletetips rendahkan tekanan darah bagi pesakit darah tinggi
kemah molek... pengalaman yang cukup berharga... selamat maju jaya
ReplyDeleteAamiin... Trm kasih En. Fatah ^__^
DeleteBerakit rakit ke hulu berenang renang kemudian, bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian.. Teruskan usaha kak ieta..anda mampu mengubahnya :)
ReplyDeleteInsyaa Allah. Trm kasih Kiz ^__^
Deletemak jemah pun setuju tentang ilmu berbayar dengan tak berbayar ni..sebab pengalaman handle anak-anak bisnes bila kelas yang diberi free, nak praktik tu agak sukar..tp kalau yg kena bayar dia akan paksa diri untuk faham dan buat..
ReplyDeleteterima kasih atas artikel anda yang menarik dan bermanfaat ini. semoga memberikan manfaat bagi pembacanya. saya memiliki artikel sejenis yang bisa anda kunjungi di sini pariwisata
ReplyDelete