Berikut adalah Kenyataan Media Y.A.B Menteri Pendidikan Malaysia berkaitan PENGUMUMAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015.
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Sumber : Berita Harian Facebook
Update 31/12/2014
psss...
Sumber : Berita Harian Facebook
Update 31/12/2014
psss...
#Cikgu boleh siapkan
1) RPH2) ROS3) BBM4) Kemas dan packing barang2 yang patut2...
Mendengar berita PENGUMUMAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 ini, saya menarik nafas lega sedikit kerana banyak perkara belum sempat diselesaikan sepanjang cuti sekolah ini akan saya selesaikan dalam tempoh penangguhan nanti. Benarlah, setiap kejadian pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Usah politikkan segala... Diharap PENGUMUMAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 ini memberi impak positif kepada semua. Aamiin...
#PrayforPantaiTimur
eBanjir Portal V1.01
Sebelum saya menutup sementara fb saya ingin berkongsi pandangan.
Kelantan Darul Naim ibarat serambi Makkah.
dan rakyatnya juga seperti di Makkah.
Yakni ada yang Islam dan ada yang munafik.LaluMusibah ini juga meliputi semua. Sama ada yang alim, taqwa, jahil dan munafik. Sama ada PAS dan BN semua diadun bersama. Sama ada Islam @ kafir.LaluHanya satu jalan keluar. Yakni taqwalah kepada Allah Taala.Tanpa kira hijau @ biru @ merah @ hitam.Lemparkan kepartian dan sematkan keIslaman. Tunduklah kepada Allah Taala duhai muslimin wal muslimat.Maafkan saya sekeluarga.Ada umur saya kembali menulis min Haramain.BaarakAllahulakum (Al Mujahid)
#PrayforPantaiTimur
eBanjir Portal V1.01
semoga banjir akan segera surut..Insha Allah
ReplyDeleteAamiin... Moga doa yg menjadi kekuatan kita akan mengembalikan keceriaan mereka ya Ainim...
Deletengeri juga lah banjir tahun ni.. huhu
ReplyDeleteMemang Encik Ismail. Kasihan mereka
Deleteelok la tu..biar mangsa banjir dapat persiapkan diri dulu sebelum sekolah dibuka
ReplyDeleteBetul tu Kucha Lana
Deletepenangguhan ini merupakan satu kemudahan juga tu..
ReplyDeleteYa benar... ^__^
Deletepenangguhan ini dapat memudahkan urusan yang terganggu terutama untuk mangsa banjir.
ReplyDelete