28 September 2015

Resepi Kuih Dangai Kukus

Resepi Kuih Dangai Kukus
Resepi, Resepi Kuih Tradisional, Resepi Kuih Dangai Kukus, Kuih Dangai, Kuih Dangai Kukus, Kuih Kukus, Kuih-muih tradisional,Bahan-bahan kuih Dangai Kukus, Cara membuat Kuih Dangai Kukus, Kuih-muih sempoi
Kuih Dangai dalam loyang sebelum dikukus.

Assalamu'alaikum. Siapa pernah makan kuih Dangai kukus? Meh tengok macam mana nak buatnya. Senang je tau... Lepas tu, tu jangan lupa komen tau hehe...

Kalau nak tahu, abah dan arwah emak saya suka sangat dengan Kuih Dangai. Jadi, saya pun ikutlah sukakan kuih ni. Kuih Dangai Kukus kali ini adalah resepi dari adik saya pemilik Roti Canai CtRazak Enterprise yang lazat di Bandar Seri Iskandar tu. Kuih Dangai ni mudah sahaja. Tak perlukan oven. Hanya kukus. Tapi tunggu sejuk baru makan tau.
Weiii. Sodap gak kuih dangai kukus ni. Meh buat kuih dangai kukus. Lembut beno kalau dikukus" kata adik saya tu.
Sebab sedap, meh nak kongsi resepi dengan anda.


Bahan-bahan kuih Dangai Kukus :
  1. Kelapa parut sebiji.
  2. Gula secukup rasa.
  3. Garam secukup rasa.
  4. Tepung pulut sedikit sahaja.
Resepi, Resepi Kuih Tradisional, Resepi Kuih Dangai Kukus, Kuih Dangai, Kuih Dangai Kukus, Kuih Kukus, Kuih-muih tradisional,Bahan-bahan kuih Dangai Kukus, Cara membuat Kuih Dangai Kukus, Kuih-muih sempoi
Seloyang dapat dengan bahan sebanyak di atas tu.
Cara membuat Kuih Dangai Kukus :
  1. Gaulkan kelapa bersama gula ikut suka hati anda sehingga sebati.
  2. Masukkan garam sedikit sahaja.
  3. Sesudah gaul sebati, letakkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga bahan-bahan itu diselaputi tepung dan menjadi lerai. Tepung akhir sekali. Nak bagi sebati sebelum masuk dalam loyang.
  4. Kemudian panaskan dahulu periuk kukus... Agak² dah panas air kukus tu dah menggelegak, masukkan bahan kuih Dangai ke dalam periuk kukus, tutup dan tunggu sampai masak.
  5. Akhir sekali, sejukkan supaya senang dipotong.
Resepi, Resepi Kuih Tradisional, Resepi Kuih Dangai Kukus, Kuih Dangai, Kuih Dangai Kukus, Kuih Kukus, Kuih-muih tradisional,Bahan-bahan kuih Dangai Kukus, Cara membuat Kuih Dangai Kukus, Kuih-muih sempoi
Arbah dan awah emak memang suka Kuih Dangai Kukus ni. Sedap... Kalau di Kuala Lumpur ni, biasanya di Pasar Malam ada jual kuih Dangai ni. Boleh cuba cari di Pasar Malam Setiawangsa, hari Isnin.

SOALAN :
Tepung pulut agak2 brp cwn or sdb.. N kukus lama mn

JAWABAN :
Tepung tu sesudah campur bahan lain untuk bagi lekat sahaja. Kalau Dangai Bakar, dalam 1 1/4 cawan tepung pulut. Untuk kukus ni, boleh main agak2 sahaja. Kukus sekejap sahaja. Dalam 15 minit. Nak buat kuih ni tak ada ikut sukatan sebenarnya. Main letak sahaja ya.

Resepi kuih Dangai Kukus ni amat mudah disediakan, sesuai dimakan sewaktu sarapan atau minum petang tau... Selamat mencuba Resepi kuih Dangai Kukus ni... Anda pernah makan Kuih Dangai?

Salam sayang
Social Media Expert
Speaker Digital Marketing
Tetap seorang Blogger ❤
Menulis bukan kerana nama.

JEMPUT KE GROUP INFO DAN ILMIAH PERCUMA INI :
  1. MINDA NIAGA.
  2. HIMPUNAN EBOOK BEST.
  3. RAHSIA CARIAN GOOGLE.
  4. RAHSIA SIHAT TERAPI HEBAT.

ARTIKEL BERKAITAN
  1. Tinggalkan Apa Yang Meragukan
  2. Himpunan Resipi Cikgu iEta

INFO KESIHATAN

Alhamdulillah Natural booster Cikgu iEta : Ikhtiar penawar bagi menguatkan sistem imun badan dengan Garam Shiffa yang diformulasikan dengan teknologi quantum istimewa bersama molecule ratio THC CBD (Cannabis). Pertanyaan boleh whatsapp sini 👉0192586141



Alhamdulillah Minyak Urut Serbaguna Wak Mustar untuk sapu mana kaki tangan badan yang lenguh dan sengal. Orang kalau sengal ku block terus na... 😁Pertanyaan boleh whatsapp sini 👉0192586141



7 comments:

  1. Hui.. Sedap nih.. Kalau dapat bakar ok gak kan..

    ReplyDelete
  2. Tepung pulut agak2 brp cwn or sdb.. N kukus lama mn

    ReplyDelete
  3. Tepung pulut agak2 brp cwn or sdb.. N kukus lama mn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat jawab. Tepung tu sesudah campur bahan lain untuk bagi lekat sahaja. Kalau Dangai Bakar, dalam 1 1/4 cawan tepung pulut. Untuk kukus ni, boleh main agak2 sahaja. Kukus sekejap sahaja. Dalam 15 minit. Nak buat kuih ni tak ada ikut sukatan sebenarnya. Main letak sahaja ya Puan She Sheila. Harap terjawab ya soalan Puan. Terima kasih bertanya :)

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *