Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit?
Melalui aplikasi Malaysia Air Polution Index (API) yang saya install ke dalam telefon bimbit saya ni, kelihatannya udara persekitaran ternyata masih kurang sihat. Hujung minggu, duduk rumah sahajalah jawabnya. Nak keluar waktu jerebu ni, maklum sahajalah... Sakit tekak dan pedih mata dek asap jerebu ni tau...
Saya beberapa hari ni pun, tekak sakit hingga mengeluarkan darah. Semput menjadi-jadi pula. Sabar aje lah kan...? Tak pe, tak pe sakit ni kan kaffarah dosa.
Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit?
Bila kurang sihat biasalah. Baring je lah kan? Apa pun tak boleh buat. Jadi, pertama sekali sewaktu sakit sudah tentulah banyakkan mengingati Allah kan? Ha, masa nilah baru nak muhasabah (kaji) di mana salah dan silap diri.
Kedua, makanlah ubat. Ikhtiar. Usah berserah sahaja. Sampai bila tak akan baik penyakit kita. Tak dapat kesembuhan dengan ubat doktor, cubalah ikhtiar cara tradisional. Takpun, minumlah air Yaasiin. Tak salah pun berikhtiar.
Ketiga, berdoalah buatlah solat hajat. Moga Allah makbulkan doa hambanya. Allah mahu kita dekat kepadaNYA. Sebab itu diberinya kita sakit.
Panduan mengelakkan masalah akibat jerebu (SUMBER SINI) :
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap.
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar.
- Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal.
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi.
- Selalu minum air.
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan.
- Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.
Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit? Sakit itu ujian kecil sebenarnya. Apakah kita kan sabar atau mengeluh? Apapun, walau sakit saya tetap minat menulis. Menulis di blog hobi saya. Blog dan saya sukar dipisahkan. Anda pula bagaimana? Apa yang anda buat sewaktu sakit?
Tido dan rehat... Dan dapatkan layanan istimewa dari yang tersayang... Hehe
ReplyDeleteSyioknya andai dapat macam tu kan Maria? Hehe
DeleteSyioknya andai dapat macam tu kan Maria? Hehe
Delete