Maklum balas Viral Bantuan Umum Pelajaran Lembaga Zakat Selangor.
![]() |
Logo Lembaga Zakat Selangor : Institusi Zakat Terbaik, Zakat Selangor |
Lembaga Zakat Selangor membantu golongan pelajar.
Ingat tak lagi, sebelum ni saya ada ceritakan tentang Lembaga Zakat menjawab Viral Asnaf dan Isu OKU yang viral di laman sosial facebook? Nak cerita juga sebenarnya, saya adalah salah seorang yang pernah menerima bantuan Zakat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) beberapa kali untuk membiayai kos pembelajaran saya di Universiti Teknologi Malaysia SPACE tahun 2011 dan 2012. Alhamdulillah amat mudah berurusan dengan pihak LZS ini melalui beberapa prosuder yang perlu dipatuhi. Ustaz² yang berada di Kaunter Zakat LZS pun amat peramah dan memang saya beri 10 bintang untuk kakitangan LZS di Taman Melawati. Cumanya urusan turun naik ke pejabat JKKKK sedikit membutkan saya agak malas juga nak memohon bantuan Pelajaran dari LZS. Maklumlah, saya mengajar pagi dan petang. Masa itu emas bagi saya.
Apa yang Baitulmal Darul Zakah bantu saya?
Ada beberapa kali juga saya mendapat bantuan atas nama Ibnu Sabil dari Baitulmal Darul Zakah, Kampung Baru. Manakala beberapa kali saya menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saya. Ada yang saya claim semula dari Baitulmal dan ada juga sepanjang semester pembelajaran, saya tidak mendapat sebarang bantuan dari Baitulmal atas sebab teknikal. Bersyukur akhirnya pada bulan April lalu, saya telah tamat pengajian dalam Jurusan Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).
Konvokesyen UTM Ke 55
Apa lah kaitannya Konvo ni dengan Institusi Zakat? Ada... Ada perkaitannya. Dari duit kutipan Zakat yang Tuan / Puan semua bayarlah maka kami golongan lelajar yang memang layak mendapat bantuan Pelajaran ni berjaya membiayai kos pembelajaran kami. Terima kasih semua yang membayar Zakat. Moga Allah memberkati anda semua.
Oktober lalu adalah bulan Konvokesyen saya dan guru-guru seangkatan saya. Disebabkan beberapa perkara dan saya pernah konvo dalam bidang Diploma Komputer dan Pentadbiran di Institut Cosmopoint Sdn. Bhd. yang kini dinaiktaraf sebagai KLMU, maka saya tidaklah menyertai program Konvokesyen ke 55 UTM di Johor Bharu seperti rakan-rakn seperguruan saya yang lain. Sekarang saya dalam proses menyelesaikan urusan transkrip Diploma diposkan kepada saya. Sabar menanti ^__^
Viral Bantuan Umum Pelajaran dari Lembaga Zakat Selangor.
Panjang intro saya ya? Baiklah, berbalik kepada tajuk kita.... Semalam viral di beberapa laman sosial berkaitan Bantuan Umum Pelajaran dari LZS. Anda boleh baca Maklum balas Viral Bantuan Umum Pelajaran dari LZS seperti yang saya paparkan di bawah ni.
![]() |
Baca betul-betul kenyataan akhbar ni. Jangan ulangi lagi penyebaran berita palsu... |
Berita Palsu Bantuan Umum Pelajaran dari Lembaga Zakat Selangor.
Ha... Di bawah ni adalah BERITA PALSU berkaitan Bantuan Umum Pelajaran dari LZS.
Tolong war-warkan bantuan zakat :
Sesiapa ada anak tadika, adik-adik di sekolah rendah, menengah dan student belajar universiti boleh mohon bantuan pendidikan di pusat zakat sekarang.
Syarat bantuan;
(PENDAPATAN KASAR) :
Sekolah Tadika-Menengah : Income family <RM4000
Universiti : Income family <RM6000
Jumlah Bantuan :
Tadika : RM50
Sekolah Rendah : ++Agama RM75.
++Kebangsaan RM75.
Sekolah Menengah:
++Biasa RM125
++Agama RM125
Universiti DLM NEGARA SAHAJA (dapat pinjaman atau tidak boleh mohon):
Sijil : RM500
Diploma : RM700 (xdapat bantuan mana2) RM500 (ada loan)
Degree :
RM1000 (xde loan mana2).
RM700 (ada loan)
Master : RM1000
PHD : RM2000
Ini merupakan sumbangan one-off payment yg boleh mohon SETAHUN SEKALI sahaja. Ia dalam kategori asnaf fi-sabilillah.
Bantuan adalah untuk ringankan beban dan bukan untuk support sepenuhnya yuran2 tersebut.
*Borang PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT boleh didownload di
http://www.e-zakat.com.my/borang/ atau pergi ke kaunter pusat zakat yang berhampiran.
Mohon jasa baik sebarkan info ini kepada sahabat2 kita yang memerlukan!! Rakan-rakan ofis, geng surau, saudara mara, penduduk kampung dll.
![]() |
Program korban Perdana LZS Kuala Langat dengan kerjasama Masjid Kampung Tanjung Sepat. Ini antara aktiviti Lembaga Zakat Selangot dalam mengagihkan daging kepada 82 asnaf Kg. Tanjung Sepat. |
Kesimpulan :
Maklum balas Viral Bantuan Umum Pelajaran Lembaga Zakat Selangor ni diharap dapat membuka mata semua agar tidak berlaku salah faham terhadap LZS lagi. Usahlah esuka hati menyebarkan berita palsu sebegitu? Dah tak ada kerja lain agaknya mereka tu kan? Melampau... Tak habis-habis memburukkan lagi institusi keagamaan seperti Lembaga Zakat Selangor ni. Yang tukang kongsi pun, selidiklah dahulu betul ke tidak sebelum kongsi. Hati-hati ya jika nak share kan apa pun. Akibatnya nanti semua pihak susah. Ingat tu ya?
Kredit kepada :
Fanpage Lembaga Zakat Selangor.
Fanpage Lembaga Zakat Selangor.
Moga mereka insaf. Saya ambil PTPTN dan dah habis bayar. Syukur..
ReplyDeleteAamiin... Alhamdulillah Pn. Wawa.
DeleteTerima kasih Pn. Wawa sudi singgah ke blog saya ^__^
Macam2 sekarang kan. Bab Zakat pon nak fitnah juga
ReplyDeleteSebab itu, blogger berperanan menerangkan kepada orang awam Pn. Aienna. Terima kasih ya sudi singgah blog saya ni ^__^
Deletebagi mereka yang memenuhi syarat, mohon la..
ReplyDeleteYa betul tu Dkna. Terima kasih ya sudi singgah blog akak ^__^
Deleteyup..harap viral tersebut dihentikan ....kesian pada yg sangka ianya benar...saja diorang nak menganiaya kesua belah pihak....
ReplyDeleteBegitulah Dila jika sudah tak ingat dosa pahala. Tak ingat juga kepada mati.
DeleteThanks Dila sudi singgah blog akak ^__^
alhamdulillah sehingga kini zakat membantu kos pembelajaran saya sbb saya tak amek mana2 loan..hope penerima zakat betul2 gunakan bantuan yg diberi seelok eloknya..
ReplyDeleteBetul tu Cik Karmila. Antara sebab penerima zakat ditarik balik bantuannya, gunakan wang zakat untuk berjoli. Itulah yang salah seorang dari Pegawai Bahagian Zakat beritahu kepada saya.
DeleteTerima kasih ya sudi singgah blog ini ^__^