Resepi Pizza gebu dan sedap
Ha... Meh saya nak story bagaimana resepi Pizza gebu dan sedap dari Pn. Salmiah pemilik Kedai ACU TNC yang menjual Produk Kesihatan, Kecantikan, juga membuat Rawatan Akupunktur, Bekam dan lain² lagi berada pada saya?
Dari whatsapp bertanyakan hal-ehwal kerja dan anak-anak, kami berkongsi pelbagai resepi. Kalau anda nak tahu, selain mahir melakukan facial dan bekam, Pn. Salmiah juga mahir memasak pelbagai jenis kek, roti dan pizza juga macam-macam lagi masakan tau. Dengan izin beliau, saya kongsikan kepada anda. Mesti suka kan? Tak mau banyak cerita, jom kita baca apa bahan dan bagaimana nak buat Pizza gebu dan sedap ni. Seperti biasa, saya akan tambahkan bahan sesuka hati saya. Hehe...

Bahan-bahan Pizza gebu dan sedap :
- 2 sudu teh mauripan.
- 1 sudu teh gula.
- Air suam.
- 4cawan tepung gandum.
- Sedikit garam.
- Suku cawan minyak jagung.
- Sosej hiris sesuka hati.
- Mayonis.
- Kepingan Cheeze.
- Cili Benggala.
- Bawang hiris atau potong labu.
Cara memasak Pizza gebu dan sedap :
- 2 sudu teh mauripan dicampurkan dengan 1 sudu teh gula.
- Kemudian campurkan dengan air suam, biarkan sampai berbuih.
- Dalam mangkuk lain, letakkan 4 cawan tepung gandum dan sedikit garam.
- Setelah sebati, masukkan suku cawan minyak jagung.
- Campur dengan mauripan yang sudah berbuih tu.
- Sesudah tu, uli jer tepung tu...
- Akhir sekali, biarkan doh tu naik 2 kali ganda dari asal dalam 30 ke 40 minit.
- Taburkan kepingan hirisan sosej dan bawang.
- Letakkan kepingan Cheeze ke atas doh.
- Tebarkan mayonis di sekeliling atas pizza.
- Masukkan dalam ketuhar selama 30 minit. Keluarkan dan boleh hidang panas. Nyum³...
Selamat mencuba Resepi Pizza Gebu dan Sedap ni untuk keluarga anda ya... :)
uish. sedapnya. tq share resipi
ReplyDeleteMemang sedap... hehe... Sama² YB Shehan ^__^
Deleteterus terasa lapar tengok pizza nih. huhu.
ReplyDeleteBetul³... Saya pun lapar juga lihat gambar pizza tu Cik Roziah. Hehe... Terima kasih sudi singgah blog saya ^__^
DeleteResepi Pizza mesti cuba ni kak ieta hehe
ReplyDeleteKena cuba buat ni supaya bila nak makan pizza boleh buat terus kan tak payah beli hehe