Rezeki awal tahun 2016 dari blog.
![]() |
Saya banyak belajar dari Kelab Blogger Ben Ashaari bagaimana kaedah blogging yang sebenar. Terima kasih Pengasas Kelab, Ben Ashaari yang sudi mendidik saya. Terima kasih ahli-ahli kelab yang juga tidak kedekut ilmu. |
Assalamu'alaikum semua. Apa khabar anda semua? Moga anda sihat, kaya raya berjaya.
REZEKI
Untuk permulaan tahun 2016 ni, saya nak cerita tentang Rezeki. Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah nak berlagak. Tidak... Cuma sekadar memberi semangat kepada yang lain bahawa, rezeki tetap ada walau siapa dan apa pun kerja kita. Begini ceritanya...
REZEKI TIDAK TERJANGKA
Hari ini rezeki tidak terjangka dalam dunia blogging di awal tahun 2016 mula masuk melalui blog ini. Waktu saya ke butik pakaian untuk mengambil tempahan baju seragam esok nak pakai di sekolah, sebelum ke butik saya lalu tepi sebuah kedai. Nampak ada tertulis tentang Urutan. Ingat nak berurut. Saya pun masuklah ke dalam kedai tu. Pemilik kedai minta saya buat appointment. Lalu saya pun hulurkanlah kad bisnis saya kepadanya...
REZEKI MILIK ALLAH.
Rupanya kakak kawan satu sekolah saya... Subhanallah! Kecilnya dunia ini. Banyak perkara yang kami bualkan. Dari hal produk hinggalah kepada perkara berkaitan time management dan banyak lagi. Memang ada chemistry agaknyalah kami ni. Tak sedar, hampir 3 jam kami berbual.
Tak saya sangka, akhirnya beliau ingin beriklan dalam blog Kisah Cikgu ieta ni.... Subhanallah... Terkedu saya. Masa nak balik tadi, kami bersalaman. Pemilik kedai menangis, tidak pasti mengapa. Saya pun nak menangis juga tapi saya tahan sahaja. Sebab saya tak sangka dia nak bayar half payment sebagai pendahuluan pada masa tu juga...
JADI BLOGGER SERONOK KE TAK?
Saya pernah ditanya,
Jadi Blogger seronok ke tak?"
Jawapan saya, Siapa kata jadi blogger tak seronok? Seronok... Banyak manfaat sudah saya perolehi melalui blog saya ini. Cuma bukan keseronokan yang saya kejar. Saya puas menulis, menyebarkan maklumat, berkongsi pengalaman dan menulis memang sudah menjadi hobi dan minat saya. Jadi, sesiapa yang sudah ada blog, bolehlah memanfaatkan blognya. Menulislah walau hanya sekadar blogger sambilan...
![]() |
Antara contoh entri Blog Kisah Cikgu ieta yang menjadi rujukan utama pelajar PTD untuk menduduki peperiksaannya. |
BETULKAN NIAT.
Yang penting, niat kena betul. Kembali kepada apa matlamat menulis blog? Setiap kali berurusan dengan sesiapapun, niat untuk membantu. In Shaa Allah, segala urusan dipermudahkan. Rezeki pun berpanjangan. Sungguh rezeki milik Allah... Memang tidak terduga dan tidak terjangka... Allah maha kaya... Maha Pemurah. Inilah rezeki awal tahun 2016 dari blog saya ni. Berdebar tau perasaan, walaupun blog ini pernah memberi perkhidmatan iklan berbentuk review. Banyak nak kena study semula dan buat research. Bukan boleh main hentam tulis sahaja kan? Pernah alami seperti saya? Sudi-sudi kongsikan di ruangan komen di bawah ya ^__^
"Hidup untuk memberi". Kata Master Sifu Jemaah Bisnis Denaihati, Tn. Hj Amir Denaihati pemilik blog Denaihati.com
Semoga terus dimurahkan rezeki
ReplyDeleteAamiin... Terima kasih saudara Arz Moha :)
Deleteseronok! dpt jumpa ramai kawan.. tanpa ke sekolah, tempat belajar,senang2 je kita boleh dpt kawan.. pastu sembang mcm dah lama kawan.. hehehe..
ReplyDeleteKan Husna? Syiok kan? Syioknya jadi blogger ^__^
DeleteFWIW Whey is one of the whey protein items that are greater
ReplyDeleteout-there, but at $50 for 30 servings of the 16g of
protein, it is rather pricey.
My web site :: grass fed whey Protein isolate
Alhamdulillah, tahniah kak
ReplyDeleteAlhamdulillah... Buat semangat berblogging tahun ni Emma hehe...
Deletetahniah awak..
ReplyDeleteTerima kasih awak. Happy blogging juga ya untuk awak :)
DeleteAlhamdulilah, rezeki tak salah alamat, masuk ke tempat yang betul
ReplyDeleteAlhamdulillah Pn. Noriza. Rezeki milik Allah :)
Deletealhamdulillah.. permulaan yg baik.. insyallah ada lagi selepas ini..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih ya Sifu Feroz. Benar, banyak lagi Allah beri. Cuma kena que dan akak kena utamakan kerjaya akak sebagai guru dahulu. Thanks ya ^__^
DeleteAlhamdulillah.. permulaan yang baik, Insya Allah akn ada lg rezeki tak terduga dari Allah..
ReplyDeleteAlhamdulillah... Aamiin... Terima kasih Tuan.
Deletewahhh.. semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rezeki kepada ieta .
ReplyDeleteAamiin... Terima kasih Cik Farahain ^__^
Delete