KENAPA SAFI SHAYLA PEK FLEKSI PILIHAN WANITA BERTUDUNG?
![]() |
Ini semua yang terisi di dalam kotak ekslusif dari PR syarikat yang saya berurusan. Serius saya amat teruja tau bila mendapat Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi ini. Alhamdulillah... |
JATUH CINTA DENGAN SAFI SHAYLA?
Kenapa tu? Kenapa dah jatuh cinta dengan Safi Shayla? Ha, begini ceritanya. Sebelum kenal Safi Shayla, saya mengalami masalah gatal kulit kepala yang terlampau. Bila gatal, saya mulalah menggaru. Tak sedar rupanya luka. Pedih tau... Puas saya mencuba pelbagai syampu. Sehinggalah satu hari tu, agaknya sebab kesiankan saya yang asyik mengadu gatal kulit kepala, suami saya belikan sejenis syampu seberat 400 gram untuk saya. Safi Shayla namanya. Masa tu saya tak hairan sangat dengan syampu ni. Iyalah benda free kan, memang ucap terima kasih je lah bila dapat. Baca keterangan pun tidak. Tak elok gitu... 😅
![]() |
Alkisahnya, pergilah ke bilik air... Nampak syampu ni. MasyaAllah... Rupanya sebelum menerima Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi, encik suami sudah belikan pun syampu Safi Shayla Anti Kelemumur ni. Sebab terlampau gatal kulit kepala agaknya, saya tak perasan produk eksklusif ni... 😅 |
Diringkaskan cerita, pada hari suami saya belikan syampu Safi Shayla seperti gambar di atas tu... Saya pun syampulah rambut saya menggunakan syampu Safi Shayla ni. Letak sahaja di kepala, Wah! Berangin dan freshnya! Dahla fresh! Wangi pula tu! Yang paling best nak tahu apa? Rambut saya lembut beralun... Anak saya yang ke lima, Abdul Latiff berumur tiga tahun memang suka main rambut saya. Katanya "Ibu, lembutnya rambut ibu".
Ha, bayangkan. Sudahlah fresh, lembut beralun dan wangi rambut saya. Gatal kepala terus hilang. Alhamdulillah.... Terima kasih kepada suami saya sebab belikan Safi Shayla, syampu untuk wanita bertudung. Serius dah jatuh cinta! Memang tak tukar lain dah... 😅
APA ITU SAFI SHAYLA?
Tahukah anda? Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh yang lama, mengundang peluh yang akhirnya berminyak seterusnya menyumbang kepada masalah kelemumur. Kelemumur ni gatal tau... Macam saya dah cerita di atas tu... Jadi bagaimana mengatasinya? Syampu Safi Shayla inilah penawarnya In syaa Allah.
Ini bukan nak bodek atau nak bermegah tapi serius! Sehingga kini, setelah menggunakan sendiri Safi Shayla Anti Kelemumur yang suami saya belikan sebelum saya menerima Pek Fleksi Safi Shayla seperti gambar di bawah, dengan izin Allah masalah kegatalan kulit kepala hingga menyebabkan luka yang teruk memang hilang. Jadi, sesiapa sahaja yang mengalami masalah kegatalan kulit kepala terlampau dan bermasalah kelemumur, syampu Safi Shayla Anti Kelemumur ni memang rawatan mujarab. Terutama buat wanita yang bertudung.
![]() |
Pek Fleksi Safi Shayla syampu wanita bertudung anti kelemumur ni beratnya 480 gram. |
APA ITU PEK FLEKSI SAFI SHAYLA?
Ha, pada yang belum tahu... Sebelum tu... meh saya nak berkongsi maklumat. Safi Shayla adalah rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda. Safi Shayla telah memperkenalkan satu penyelesaian penuh inovatif iaitu PEK FLEKSI SAFI SHAYLA. Syampu Safi Shayla ni syampu anti kelemumur. Pek Fleksi seberat 480 gram ni, mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Mentol yang mencegah kelemumur dua (2) kali ganda lebih berkesan bermula dari cucian pertama berdasarkan ujian makmal serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam, juga berdasarkan ujian makmal.
![]() |
Eksklusif sungguh packaging Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi ni kan? |
KEBAIKAN HABBATUS SAUDA, ZPT DAN MENTOL DALAM PEK FLEKSI SAFI SHAYLA.
Antara bahan utama dalam Pek Fleksi Safi Shayla anti kelemumur ialah :
1) Habbatus Sauda
Habbatus Sauda ni mengandungi bahan antibakteria semula jadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit kepala kurang selesa serta rambut kusam.
Habbatus Sauda juga kaya dengan nutrien semulajadi yang menyihat, melindungi serta mencantikkan rambut.
2) ZPT
ZPT pula, bertujuan mencegah kelemumur serta mengurangkan kegatalan kulit kepala bermula seawal cucian pertama (berdasarkan ujian makmal).
3) MENTOL
Mentol pula memberikan kesan sensasi dingjn dan segar kepada kulit kepala.
Wah... Patutlah sedap berangin, wangi je kepala dan lembut je rambut saya selepas bersyampu! Ini rupanya tiga (3) bahan utamanya...
PEK FLEKSI SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR PENYELESAIAN MASALAH RAMBUT WANITA BERTUDUNG.
Ha... Kini tiada lagi kelemumur! Tiada lagi kegatalan kulit kepala! Rambut lebih bersih dan sihat. Rambutkan mahkota wanita... Maka molek sangatlah mahkota wanita yang berharga ditutup rapi auratnya tu dibelai syampukan dengan syampu terulung Pek Fleksi Safi Shayla Anti Kelemumur, sampu bagi wanita bertudung.
Kalau nak tahu kan? Warna dan corak reka bentuk setiap variasi syampu Pek Fleksi Safi Shayla ini, dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol supaya dapat memberikan kemudahan kepada pengguna Pek Fleksi Safi Shayla dibawa ke mana sahaja. Pek inovasi seberat 480 gram ini memang memudahkan pengguna. Malah pek fleksi ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65%. Ternyata Pek Fleksi Safi Shayla pelbagai fungsi lebih jimat tanpa kompromi bagi wanita bertudung anggun masa kini. Inilah sebab kenapa Pek Fleksi Safi Shayla menjadi pilihan wanita bertudung.
DI MANA BOLEH DAPATKAN SAFI SHAYLA PEK FLEKSI?
Sudah tahukan, bahan utama di dalam Syampu Safi Shayla Pek Fleksi 480 gram ni? Ha... Lepas ni bolehlah ke pasaraya berdekatan beramai-ramai membelinya kan? Sebab Safi Shayla Anti Kelemumur Pek Fleksi ini boleh didapati dengan mudahnya di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65 sahaja 😊
Untuk maklumat lanjut produk SAFI, sila layari laman facebook SAFI.MY, laman instagram SAFI MALAYSIA dan saluran Youtube Safi Malaysia. Anda tentu setuju bukan dengan saya, bahawa Pek Fleksi Safi Shayla sememangnya menjadi pilihan wanita bertudung?
Terima kasih kepada mereka :
Fuhh 😘 Alhamdulillah... Lega... siap juga akhirnya setelah lebih kurang 8 jam mengeditnya 😁 Maafkan Cikgu ya... Huhu...
Untuk maklumat pantas, boleh lihat :
Instagram Kisah Cikgu ieta atau
Fanpage Kisah Cikgu ieta
Terima kasih kepada mereka :
- Blogger akupenghibur
- Blogger jiwarosakdotcom
- Tuan hasifazizan
- safimalaysia
- sugarscarf
- Pembaca dan Followers Blog Kisah Cikgu ieta
Fuhh 😘 Alhamdulillah... Lega... siap juga akhirnya setelah lebih kurang 8 jam mengeditnya 😁 Maafkan Cikgu ya... Huhu...
Untuk maklumat pantas, boleh lihat :
Instagram Kisah Cikgu ieta atau
Fanpage Kisah Cikgu ieta
yang warna biru ni memang best..nad guna
ReplyDeleteKan Nad? Wangi sesangatkan? Suka betul dahlah rambut jadi lembut beralun hehe
Deletebusyra mmg pengguna safi shayla biru! best.
ReplyDeleteWah pengguna setia juganya Busyra ya? Jom setia selamanya In syaa Allah hehe. Thanks Busyra sudi singgah blog akak l.
Deletecocok la ini untuk wanita bertudung .....
ReplyDeleteYa betul memang amat sesuai. Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini Tuan Ahmad.
DeleteWow boleh saya mencuba juga. Kadang terasa gatal kulit kepala
ReplyDeleteSilakan Arz hehe
DeleteSaya forward kan ni ke rakan2 saya,
ReplyDeleteYa sipakan Tuan Adam. Terima kasih sudi berkunjung ^__^
DeleteSafi Shayla memang best .. Yana pon guna juugak wana biru nie =)
ReplyDeleteWah sama rupanya kita. Trima kasih Yana sudi singgah blog akak :)
DeleteIsteri saya pun guna shampoo nie.. memang best ☺
ReplyDeleteKan? Memang sangat sesuai untuk wanita.
DeleteTerima kasih Encik Amin ya sudi singgah ke mari :)
BV suka jugak dengan syampu safi shayla nie. selalu guna warna merah dan hijau. :D
ReplyDeletecantiknyaa warna shawl sugarscarf tu :)
Wangikan BV?
DeleteHa Ah. Memang cantik sangat. Anak akak suka pakai. Terima kasih sudi singgah ke blog akak ye :)
Wife dengan anak perempuan saya pakai shayla ni ... anak perempuan saya siap pakai perapi lagi ... uhh lembut kata dia ..
ReplyDeleteBagus shampoo ni ...
Wah ada perapi juga ya Sifu. Thanks info tu.
DeleteThanks sudi singgah ke blog ini ya Sifu.
Syampu ni mmg best kan sis . hhe Done follow akak . Jangan lupa follow blog Mar juga taw :)
ReplyDelete- puterymemory.com
Azwar pun pakai Safi Syala, tapi warna pink. Wangi sangattt
ReplyDeleteBest syampoo nie...terpakai sbb ank dok kate best2...so pakai mmg best...n td br nmpk pek refiilnya...ok utk bg g jejln...������
ReplyDeleteCn guna yg warna oren, mmg best, wangi je
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete