CARI DI SINI

13 May 2021

PALESTIN SATU PEMBOHONGAN MEDIA MASSA ATAU PERMAINAN SAHAJA?

PALESTINE SATU PEMBOHONGAN MEDIA MASSA ATAU PERMAINAN SAHAJA?


Pada tahun 2015, saya pernah ada follower seorang yang buat lagu dan beliau dari pihak tentera Zionis. Followers saya ini orang berbangsa Yahudi. Beliau berfahaman Zionis. 

Zionis adalah satu anutan dan kepercayaan kepada bangsa Yahudi. Tetapi tidak semua bangsa Yahudi menganut kepercayaan Zionis. Ada juga berkepercayaan Kristian.


Kami berkomunikasi dengan bahasa perantaraan Inggeris. Saya tanya beliau,

Kenapa bermusuh dengan Palestin?

Beliau jawab,

Mana ada. Itu semua hanya lakonan memburukkan Zionis.


Memang saya ada berdebat dengan beliau. Beliau tunjukkan semua bukti-bukti kepada saya.

Tetapi Instagram 12k followers itu saya sudah jual kepada IGers lain. Tidak dapatlah saya hendak tunjukkan bukti.

Ada satu masa tu, saya berbengkel di Akademi seorang Penceramah, Pengacara dan Motivator, beliau pun beritahu perkara sama juga.

Ghaza dan Palestin elok sahaja gembira". Confuse saya jadinya

Tetapi setiap kali Ramadhan, pasti akan kelihatan penduduk di Ghaza Palestin diserang dan dibom dengan dahsyat sekali.

Baru petang tadi 11/5/2021, saya melihat gambar-gambar mereka yang diserang dan ditawan tentera Zionis. Mereka  semuanya tersenyum. Saya tidak tahu hendak sedih atau hendak senyum? 🥺

Betul atau tidak, saya pun tidak tahulah tu. Sebab pengacara tu beritahu masa kami berbengkel begitu. Sama seperti orang  Yahudi itu beritahu saya.

Kata Pengacara tersohor itu lagi,

Pihak media massa senghaja menggembar-gemburkan sahaja kisah Palestine tu". Ramai peserta Bengkel lain juga mendengar.


Saya hanya terpinga-pinga sahaja ketika itu. Iyalah beliau orang terkenal. Selalu keluar dikaca TV. Motivator pula tu. Takkan menipukan? 


2021

Apa yang saya perhatikan, para politikus dan NGO ramai yang ambil kesempatan saat bulan Ramadhan ini dengan buat perkongsian berkaitan Palestin dan langsung menyelitkan pautan link MINTA DERMA dan nama PAGE masing-masing pada setiap perkongsian yang mereka buat. 


Ianya ibarat menangguk di air keruh. Begitu mudahnya minta derma online. Saya tidak gemar menderma online begini. Buat posting sambil minta derma. Satu perkara menjadi amalan ramai kalangan mereka di media sosial. Sebab saya pernah dengar, bantuan tidak sampai ke Palestine pun kutipan derma dari pihak berkaitan. 


Inilah penipuan (scammer) licik cara mudah hendak tarik perhatian ramai yang naif ilmu Social Media. Andai benar ingin membantu, dalam Malaysia masih ramai lagi mereka yang perlu kita bantu. Kita biarlah pihak yang bertauliah dan disahkan sahaja oleh pihak berautoriti menjalankan kerja meminta derma secara online ini.

Saya berkongsi yang dalam pengetahuan saya sahaja. Saya doakan yang haq dan yang bathil akan terserlah jua kelak jika Pengacara itu benar atau tidak. Semoga ada bukti. Aamiin.


HIDDEN MISSION

Rujuk dapatan saya ini. Saya hanya menulis apa yang perlu saya tulis.

Palestine, Ghaza, Zionis, Yahudi, Imam Mahdi, tanah melayu, Puteri Nur Cahaya, Cikgu iEta, World War 3, Armageddon

HIDDEN MISSION.

Sekarang ni semua berkaitan Islam termasuk perayaan Islam dan apa sahajalah berkaitan Islam, mereka berterusan sekat atas alasan wabak. DiSyiria, Ghaza, Pakistan dll ummat Islam memang sudah diperangi dan dizalimi.Di Malaysia, duduk rumah sahajalah ya jangan keluar ke mana-mana. Jangan lupa amalkan 10 ayat awal dan akhir Al-Kahfi,Surah Toha 1-10,berselawat dan beristighfar.


MIMPI

Sebelum-sebelum ini saya pernah bermimpi yang pelik-pelik. Tetapi biarlah menjadi rahsia diri saya sahaja tidak perlu saya hebahkan kepada sesiapa. 

Cuma dua (2) mimpi ini sahaja saya ingin kongsikan kepada pembaca.

Petang 19/4/2021 saya lihat satu posting di Instagram ada video beberapa mukasurat ayat al-quran hilang. 

Malamnya itu, saya bermimpi seorang lelaki, di belakang pakaiannya seperti kain superman sedang memegang pedang sambil  menghadap qiblat. 

Saya terkejut!


Selepas itu pada pagi hari 8/5/2021, saya mimpi lembaga besar berwarna hitam. Beristighfar kuat saya. Apa entahlah. Tetapi dalam mimpi itu kelihatan seperti suasana berperang sahaja. Apa benda semua ini entahlah. Mungkin hanya mainan tidur?


12/5/2021

13/5/2021 Minit 1:37 KUALA LUMPUR diseru

Hari ini saya terima pelbagai bukti berkaitan keganasan Yahudi dan penipuan tersembunyi di sebalik permainan di laman sosial. 

Ada satu video ni, meremang bulu roma mendengarkan lagunya. Rasa seperti hendak segera terbang ke Palestine. Tapi saya tiada sayapnya. Saya juga ada tanggungjawab terhadap Suami dan anak lima. 


PANGGILAN JIHAD DARI HAMAS

Maklumat Lengkap

Suara: Abdullah Al Mahdawi

Lagu: القدس توحدنا (Al Quds Unite Us)

Album: اجمل انشودة على الاطلاق

(The Most Beautiful Song Ever)


LAGU PEJUANG AL-QASAM : MUNIF HIJJAZ.

 


Adakah PALESTINE SATU PEMBOHONGAN MEDIA MASSA ATAU PERMAINAN SAHAJA?Apakah perkaitannya dengan mimpi-mimpi saya itu? InShaaAllah ada masa, saya akan sambung lagi di SINI.


SEMOGA BERMANFAAT. 👍🏻

No comments:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *